in

[VIDEO] Viral Rider Foodpanda Dimaki & Dipukul Seorang Lelaki Ketika Hantar Pesanan Di Pulau Pinang

Ft 2

Semalam viral di media sosial video seorang penghantar makanan dipukul seorang lelaki dalam kejadian di Alma, Bukit Mertajam Pulau Pinang kira-kira pukul 11 pagi.

Rider foodpanda kena pukul di Penang.

Posted by MelakaExplorer on Khamis, 6 Ogos 2020

Kejadiannya dikatakan begini…

Mangsa, 34 tahun terima pesanan pizza dari seorang lelaki, sebaik tiba di rumah suspek, mangsa call suspek untuk mengesahkan alamat kerana terdapat kekeliruan.

Selepas mangsa terima pengesahan alamat, dia pun pergi ke lokasi tersebut untuk menghantar makanan. Sebaik tiba, suspek keluar dan terus marah serta maki hamun mangsa.

Mangsa kemudian serahkan makanan kepada suspek sebelum lelaki itu beri RM50. Ketika mangsa sedang kira duit baki, suspek sekali lagi maki mangsa mengatakan dia lambat kira wang tersebut sebelum merampas kembali wang itu.

Suspek kemudian serahkan semula makanan yang dipesan itu kerana sudah tidak mahu membelinya, sebelum mangsa berkata dia akan laporkan perkara itu kepada syarikat tempat dia bekerja.

Suspek bertindak mengambil semula makanan dan melempar sekeping wang RM50 ke lantai sebelum penghantar makanan mengambil wang tersebut serta meletakkan wang baki di atas lantai. Lelaki berkenaan menyuruh mangsa untuk ambil wang baki tersebut namun dia tidak mahu dan disebabkan itu, suspek memukulnya dengan cara menumbuk dan menendang pengadu.

“Selain itu, suspek bertindak membuang barang dalam raga motosikal pengadu iaitu telefon bimbit dan power bank. Semasa lelaki tersebut hendak menjatuhkan motosikal penghantar makanan berkenaan, dia memukul suspek menggunakan topi keledar yang dipakainya,”

2 2

Difahamkan yang suspek cuba melawan namun kejadian itu dileraikan oleh pemilik rumah.

Akibat kejadian itu, mangsa dilaporkan mengalami sakit pada bahagian leher sebelah kiri, pergelangan tangan serta belakang tangan sebelah kiri.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah Shafee Abd Samad berkata pihaknya mengenalpasti identiti lelaki tersebut dan sedang menjalankan siasatan kes itu selepas terima laporan daripada mangsa, lapor fmt.

Siasatan setakat ini mendapati yang kediaman itu merupakan inap desa yang disewa oleh suspek sejak 5 hari yang lepas dan terdapat cctv di kawasan tersebut.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

 

Baca : Maaf bang, saya dah lewat; Salute! Rider FoodPanda Tumpang Solat Di Koridor Rumah Strangers

Baca 3

Sumber: facebook