Walaupun dalam kesibukan bekerja, sudah pasti waktu solat perlu dijaga bagi orang yang beragama Islam. Salah satu keberkatan dalam pekerjaan yang dilakukan ialah waktu solat.
Mungkin rezeki yang diperoleh daripada pekerjaan tersebut akan lebih luas dan berkat kalau kita menjaga solat. Hal ini dapat dikaitkan dengan satu posting di Facebook menerusi akaun Rejimen Askar Siber Melayu, dimana seorang rider FoodPanda sedang menunaikan solat di koridor rumah seseorang yang tidak dikenali.
Dikatakan rider tersebut dah bagi salam dekat rumah tu tapi tiada siapa yang balas dan kebetulan dia melihat ada paip air di kawasan rumah berkenaan. Tanpa fikir panjang dia mengambil air wudhu dan terus solat.
“Saya nampak lantai ni bersih..dan ada ayat qursi di pintu..jadi saya solat lah.”
Setelah selesai solat, rupanya pemilik rumah melihat rider ni solat di koridor rumahnya sewaktu dia pulang daripada bekerja. Lalu, rider ni meminta maaf kepada pemilik rumah berkenaan.
“Maaf bang.. saya dah lewat”
Namun, pemilik rumah ini tak marah pun rider ni tumpang solat di luar rumahnya malah membenarkannya untuk solat di situ.
“Tak pe dik..kau solat lah. Kiblat kau tu pun betul..mungkin hidayah Allah.”
Sikap masyakat sebegini patut dicontohi oleh semua orang tanpa memikirkan prasangka buruk terhadap orang lain.