Suasana hiba menyelubungi Tempat Pemakaman Umum (TPU) COVID-19 di Rorotan, Daerah Cilincing, Jakarta Utara, Indonesia, semalam yang menyaksikan banyak jenazah pesakit Covid-19 dikebumikan secara pukal.
Rakaman video oleh Muhammad Ali Vikry menggunakan drone telah meruntun hati warganet dari negara tersebut mahupun di negara kita.
“Suasana Pilu di pemakaman jenazah Covid-19 di TPU Rorotan”
Menerusi Tribun, semalam kes Covid-19 di negara tersebut pecah merekod dengan mencatatkan sebanyak 34,379 kes baharu dan 1,040 kematian.
Oleh itu ketika sesi pemakaman semalam, dilihat puluhan ambulans masuk ke kawasan perkuburan berkenaan. Menurut IDN Times, sebanyak tiga buah jengkaut ditugaskan untuk menggali tanah kubur itu, bersama puluhan penggali yang memakai sut PPE lengkap.
Keluarga ramai menunggu
Selain itu, beberapa buah posting tentang kejadian di sana ada dimuat naik di akaun TikTok @cafelattenim.
Dalam video tersebut, terlihat ramai ahli keluarga pesakit Covid-19 menunggu proses pengebumian dijalankan.
Difahamkan ahli keluarga terpaksa menunggu giliran untuk disemadikan, sambil memegang batu nisan untuk jenazah tersebut.
@cafelattenim tempat pemakaman covid di tambun bekasi
@cafelattenim part 2, lokasi Mangunjaya – Bekasi
“Masih tak percaya covid tu ada?”
Menjengah di ruangan komen, kejadian tersebut nyata membuatkan netizen berasa sayu. Selain itu, ramai yang menegaskan betapa bahayanya virus ini dengan melihat kepada apa yang telah terjadi seperti di dalam posting berkenaan.
Semoga saudara kita di sana kuat dalam menempuh ujian dan cabaran ini. Kita di Malaysia harap dijadikan iktibar untuk membendung penularan Covid-19 ini. Al fatihah kepada mangsa dan salam takziah daripada team Lobak Merah.
Baca : 1,000 Kematian & 34,000 Kes Positif Dalam Tempoh 24 Jam, Covid-19 di Indonesia Makin Parah