in

1,000 Kematian & 34,000 Kes Positif Dalam Tempoh 24 Jam, Covid-19 di Indonesia Makin Parah

Ft Kasuscovid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Situasi Covid-19 di Indonesia membimbangkan dan dilihat semakin parah selepas negara itu mencatatkan lebih 1,000 kematian dan lebih 34,000 kes positif baru dalam tempoh 24 jam. Menurut Bernama, sebanyak 1,040 kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 62,908 orang dan ia merupakan jumlah tertinggi direkodkan di negara itu sepanjang pandemik.


Sebanyak 34,379 kes harian yang dicatatkan juga adalah jumlah tertinggi, menjadikan kes positif keseluruhan kini 2,379,397 kes. Sejak 3 Julai lepas, pemerintah Indonesia dilaporkan telah mengetatkan lagi protokol kesihatan Covid-19 sehingga 20 Julai akan datang.

Covid1

Covid2

Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) telah dikuatkuasakan di Pulau Jawa dan Bali dan antara peraturannya adalah:

  • penutupan pusat-pusat membeli belah
  • penerapan 100 peratus bekerja dari rumah (bagi sektor non essential)
  • penutupan rumah-rumah ibadat
  • pembelajaran dari rumah sepenuhnya
  • larangan makan di restoran, kedai makan atau warung (dine-in)
  • penutupan tempat-tempat atau pusat pelancongan dan rekreasi

Terdahulu, 33 pesakit Covid-19 dengan simptom kritikal di Hospital Awam Dr Sardjito di YogYakarta dilaporkan meninggal dunia selepas tiada bekalan cecair oksigen diberikan. Menurut jurucakap, kekurangan bekalan oksigen di hospital terbesar di Yogyakarta itu berlaku selepas banyak pesakit yang tiba berada dalam keadaan tenat.

Baca: Indonesia Kehabisan Bekalan Oksigen, Puluhan Pesakit Tenat Covid-19 Meninggal Dunia

Ft Indoksigen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.