in

[VIDEO] Terima Order Sampai 10 Helai Skirt, Wanita ‘Speechless’ Rupanya Tun Siti Hasmah Yang Beli!

Peniaga Teruja Tun Siti Hasmah Beli Skirt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi impian bagi seorang peniaga apabila mendapat pesanan yang banyak dan komen positif daripada pelanggannya.

Namun siapa sangka tuah seorang peniaga di TikTok ini apabila baru-baru ini dia dikejutkan dengan satu WhatsApp yang memberitahu bahawa pelanggannya bukan calang-calang orang dan seorang VVIP terkenal!


Terkejut pelanggan VVIP beli skirt

Menerusi perkongsian wanita bernama Hany Masniera Mazalan, 28 dalam satu video di TikTok, dia telah menerima satu review positif daripada salah seorang pelanggannya yang telah membuat pesanan sebanyak 10 helai pleated skirt. 

Apa yang lebih mengejutkannya, individu yang menyampaikan review itu berkata, bosnya sangat menyukai skirt tersebut dan dia siap menghantar gambar ‘bos’ tersebut memperagakan skirt berkenaan bersama baju free gift yang diberi Hany.

@shophany.my

Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar.. It’s Tun Dr Siti Hasmah gaiss.. Tun shopping 10 pcs pleated skirt terusss dengan kita and she like it very much! sampai sekarang rasa mcm tak percaya, rasa mcm mimpi 🥺 She’s very a humble person, siap suruh staff dia bagi review lagi.. Sis nak nangesss 😭 Thank you sgt my dear Tun for supporting small and local seller like us @Shophany.my We love you ❤️ #fyp #fypシ #fypdongggggggg #fypppppppppppppp #viralmalaysia #foryoupage #pleatedskirtviral #shophanymy #tundrsitihasmah

♬ original sound – Amyra Razali – ZAQYRA BEAUTY BOUTIQUES

Rupa-rupanya pelanggan terbabit merupakan isteri kepada mantan Perdana Menteri kita iaitu Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali! Wah! 

“Dia beritahu yang bos dia minta order skirt tu dekat TikTok” 

Bercakap kepada mStar, Hany memberitahu yang dia pada awalnya tidak menyangka pelanggannya merupakan isteri kepada bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dia hanya mengetahui mengenai hal itu selepas menerima pesanan WhatsApp bersama gambar Tun Siti tersenyum menggayakan skirt yang dibelinya pada 6 September lepas.

Tun Siti

Mula-mula terima order saya dah terkejut sebab dapat tempahan banyak sampai 10 helai skirt sekaligus. 

“Tapi masa tu belum tahu lagi order saya dapat tu daripada Tun. Lagipun tak ada request apa-apa memang tak tahu pun itu adalah order daripada VVIP. 

“Selepas dua tiga hari pos pesanan, PA Tun hantar gambar tu dekat saya dan beritahu Tun suruh bagi review dan feedback. Dia beritahu bos dia yang minta order skirt tu dekat TikTok,” katanya.

Tambah Hany, PA Tun ada memberitahu yang sebelum ini mereka ada mencari skirt tersebut di kiosk tapi tak banyak warna, oleh sebab itulah dia cuba cari secara online pula.

Apapun saya memang terkedu macam tak percaya bila tengok gambar tu. Ini kali pertama dapat order daripada insan yang disegani. Serius tak sangka beliau sangat humble. Walaupun VVIP tetap support lokal dan bisnes kecil macam saya,” jelasnya lagi.

Hany 1

Waa baguslah kan bila ada VVIP nak support peniaga kecil macam ni. Baru berkembang bisnes mereka. 

Baca: “Comelnyaaa” – Tun Siti Hasmah Menyanyi ‘Enjit-enjit Semut’ Nak ‘Tenangkan’ Tok Pora Ambil Suntikan Vaksin

Pora

Sumber: mStar
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.