in

[VIDEO] Sambut Anniversary Ke-53, Anak Siap Tolong Make Up & Sewa Baju Pengantin Ibu Ayah

Page Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dah boleh rentas negeri, majlis-majlis dah mula dibenarkan ni, mesti ramai nak buat kenduri kahwin kan? Ye lah, dah lama rasanya tak makan nasi minyak. Nak tunggu majlis sendiri macam lambat lagi je…

Semua orang mesti mahukan perkahwinan yang kekal bahagia hingga ke jannah, betul tak? Tidak kira sama ada pengantin baru ataupun yang sudah lama. Tambah pula, zaman sekarang ramai yang ambil peluang untuk re-create gambar sanding untuk mengimbau kenangan di waktu awal perkahwinan.


Tidak mahu ketinggalan dari konsep untuk re-create gambar sanding sebagai sambutan ulang tahun perkahwinan, ada pasangan pengantin lama sambut anniversary mereka untuk tahun ke-53. Wah, mesti sweet couple sampai ke tua ni!

Anak perempuan kepada pasangan bahagia itu berkongsi sambutan yang menggembirakan itu di akaun TikToknya, @akak_nikelako. Wanita yang dikenali sebagai Aida itu memberitahu di kapsyennya bahawa dia tidak merancang dengan teliti pun untuk sambutan ulang tahun perkahwinan ibu bapanya.

@akak_nikelako

Unplanned aku buat smua ni sempena anniversary ma&aboh ke 53.amek gambo blkg rmh .. gambar kita bole ulang tgk sbg kenangan..bahagia itu kita yg cipta #fyp #fypplisssssss

♬ Sayang Sampai Mati – Repvblik

Tetapi disebabkan angka 53 itu memberi satu impak, dia mengambil keputusan untuk make-up ibunya dan juga sanggup sewa baju pengantin dari kawannya. Pada awalnya, dia berasa takut untuk meneruskan rancangannya kerana itu adalah pengalaman pertamanya untuk menata rias ibunya dan juga meminta ibu bapanya untuk bersiap seperti pengantin.

“Moga awak terus bahagiakan mak abah awak.. Semoga kasih sampai syurga” – Netizen

Komen Kahwin

 

Komen Kahwin 3

Ternyata, usaha yang diberikan membuatkan kedua ibu bapanya tersenyum gembira dan juga mendapat reaksi yang positif dari netizen di bahagian komen. Rata-rata mendoakan kebahagiaan pasangan comel itu dan ada juga yang mendoakan agar mereka terus diberikan kesihatan yang berterusan.

Min doakan kedua mak abah awak terus sihat dan boleh buat lagi photoshoot untuk anniversary yang akan datang..

Baca: “X henti mata pengantin lelaki pandang” – Gadis Terharu Ibu Cantik Di Hari Kahwin, Ramai Ingat Umur 30-an

Untitled 1 2

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.