in

“X henti mata pengantin lelaki pandang” – Gadis Terharu Ibu Cantik Di Hari Kahwin, Ramai Ingat Umur 30-an

Wanita Kahwin Nampak Muda Umur 30 An Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun sudah meningkat usia melebihi 40 hingga 50 tahun, wanita zaman sekarang ternyata kelihatan awet muda kerana bijak menjaga kecantikan diri dan pandai bersolek.


Sebagai contoh, ibu kepada pengguna TikTok @nurindahklatey ini yang masih lagi jelita dan baru bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang jauh lebih muda daripadanya.

 

“Ramai ingat umur my mum 30 lebih”

Menerusi perkongsian gadis tersebut, dia baru-baru ini menghadiri majlis perkahwinan ibunya sendiri dan sangat terharu melihat ibunya yang kelihatan cantik di hari perkahwinan.

Menurut Nur Indah, ibunya yang berusia 50 tahun ini sering dikatakan berusia 30-an kerana pandai menjaga kecantikan kulit.

Malah anaknya sendiri juga mengakui ibunya jauh lebih cantik daripada mereka. Wahhh! 

@nurindahklatey

My mum kawin??? i cry sebab dia cantik drp anak2 nya?? #kahwincheck #kahwinpkp

♬ Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak

 

“X berhenti mata pengantin lelaki tengok mak awak” 

Video tersebut telah mendapat respon positif netizen yang mendoakan kebahagiaan bagi perkahwinan baru ibu Nur Indah.

Dalam pada itu, ramai juga yang tertarik melihat reaksi pengantin lelaki yang tak berkedip melihat isterinya yang tertanya sangat cantik berbusana pengantin.

Isteri Cantik Macam 30 An

Lawa emaknya walaupun dah usia 50 tahun. Min pun jeles tengok! Hiks! 

Baca: “Moga mama & abie bahagia selalu” – Viral Ucapan Anak Untuk Ibu Umur 59 Tahun, Kahwini Pemuda 22 Tahun

Mama Kahwin Abie

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.