Pendakwah bebas, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri bin Syed Ishak Benyahya tampil memberikan teguran secara terbuka buat usahawan Dato’ Seri Vida (DSV) dan penyanyi serta chef seleberiti, Dato’ Fazley Yaakob yang dilihat begitu mesra.
Katanya, ini kerana video kemesraan mereka itu patut dielakkan memandangkan mereka berdua tiada ada ikatakan perkahwinan yang sah demi menjaga adab dan tatasusila sebagai umat Islam.
Artikel berkaitan: “Melawak tak betul” – Isu Gurauan Pasal Nabi, PU Syed Nasihat YouTuber Bertaubat
Artikel berkaitan: “Tiada kebanggaan pada nama itu” – PU Syed Respon Bila Ada Indivdu Minta Beliau Bersihkan Nama ‘Syed’
Nikah lah segera, elak fitnah – PU Syed
“Kita tak tahu status hubungan mereka macam mana, adakah telah menjadi suami isteri atau tidak, tapi apa yang dimaklumkan kepada kami secara rasminya bahawa mereka belum lagi sah sebagai suami dan isteri.”
“Tapi kalau kita lihat dalam video yang muncul dalam TikTok, Facebook dan sebagainya banyak video yang menunjuk kemesraan seperti pasangan suami isteri, adakah ini adi trend kepada pasangan bercinta.”
“Walaupun duduk di hadapan kamera ada ramai orang, tapi perbuatan begitu kita elakkanlah untuk menjaga tatasusila dan tataadab kita sebagai umat Islam.”
Oleh sebab itu, PU Syed menasihati mereka agar bernikah dengan segera dan hal sebegitu tidak perlu diviralkan lagi bagi mengelakkan segala rasa hasad dengki dan sebagainya.
“Sebaik-baiknya, nikah lah cepat, tak, saya bukan tak suka pada perkara-perkara baik ni, sebab yang tak suka perkara baik ini hanya syaitan sahaja.”
Sumber : Threads
