in

[VIDEO] Rider Bawa Anak Hantar Order Makanan, Netizen Terharu Lihat Abang Motor Sedekah Duit

Random Act Of Kindness

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang-kadang kita tak sangka, sekecil-kecil perkara baik yang kita buat boleh memberi kesan besar kepada orang sekeliling sehingga menjadi inspirasi ramai.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok sebuah video memaparkan seorang rider makanan yang terpaksa membawa anaknya bersama ketika bertugas menghantar pesanan.


Artikel berkaitan: Kutip Duit Guna Lori Mainan, Cara Surau Ini Galakkan Pengunjung Bersedekah Dipuji Netizen

Artikel berkaitan: Bapa Cari Duit RM1.5k Hilang, Rupanya Anak Bawa Ke Sekolah Bagi Sedekah Dekat Kawan Susah

“Dia seluk poket cari sesuatu” 

Menurut pengguna TikTok bernama @/syahmiyem yang merakam video ini, pada awalnya dia terlihat seorang rider yang membawa anaknya di atas motor untuk menghantar pesanan.

Rider itu kemudian ditegur oleh seorang lelaki yang juga membawa motosikal di sebelahnya dan mereka berborak seperti biasa.

Tak lama selepas itu, lelaki di atas motosikal itu dilihat menyeluk poketnya seperti mencari sesuatu.

Lepas tu dia seluk poket cari sesuatu. Dan dia hulur duit dekat adik tu. Lalu dia berlalu pergi… Terbaik sangat,” tulisnya.

@syahmiyem

Terbaik orang Kuantan. Mungkin ini salah satu cara Tuhan nak jentik hati aku untuk lebih banyak sedekah 🥲 #kuantan #randomactsofkindness #randomactofkindness

♬ French Fuse Three Little Birds feat Ryclarkie – FRENCH FUSE

Individu yang merakam video tersebut berasa terharu dengan tindakan abang motor itu dan berharap anak rider berkenaan gembira menerima ‘hadiah’ tersebut.

Terbaik orang Kuantan. Mungkin ini salah satu cara Tuhan nak jentik hati aku untuk lebih banyak sedekah,” tulisnya pula di ruang kapsyen.

Video berkenaan telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang terharu dengan tindakan lelaki itu dan berharap mereka juga dapat bersedekah dengan hati yang ikhlas kepada orang yang memerlukan.

Adab

Moga-moga murah rezeki buat kedua-duanya.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.