in

Bapa Cari Duit RM1.5k Hilang, Rupanya Anak Bawa Ke Sekolah Bagi Sedekah Dekat Kawan Susah

Anak Bawa Duit Sedekah Kawan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak gelabah apabila duit simpanan tiba-tiba hilang? Tambah pula duit simpanan tersebut hilang dalam jumlah yang banyak. Boleh panik dibuatnya!


Itulah perasaan yang dialami oleh seorang bapa yang berkongsi kisah menerusi laman TikTok baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video oleh Wanis Charketeow Penang, seorang bapa terkejut apabila mengetahui anak perempuannya telah membawa sejumlah wang yang agak banyak ke sekolah.

Dapat dilihat menerusi video itu, terdapat beberapa keping wang kertas bernilai RM50 dan RM100 dalam beg sekolah anaknya.

@wanisckt

Bertuah punya anak

♬ bunyi asal – WANIS CHARKETEOW PENANG – WANIS CHARKETEOW PENANG

Nak bagi duit dekat kawan susah

Difahamkan, anaknya telah membawa duit tersebut untuk diberikan kepada kawan-kawan yang dikatakan daripada keluarga susah di sekolah.

“Allahuakhbar, dia kata kawan susah, lepas tu dia bawa duit banyak. Rupa-rupanya duit abah dia hilang, selamat abah jumpa hari ni sebab Allah nak tunjuk.

“Banyak hari abah cari. Beg baru beli, dia letak duit abah dalam ni bawa pergi sekolah nak tolong kawan-kawan susah,” ujar si bapa.

Dalam pada itu, dia turut menasihati anaknya supaya tidak melakukan perkara begitu pada masa hadapan.

Tiga malam fikir duit RM1,500 hilang

Memetik sumber mStar, anaknya yang berusia enam tahun itu mengakui bermurah hati membelikan makanan untuk kawan-kawannya setiap hari.

Noor Erwan Mohamad Nor Din berkata, duit sebanyak RM1,500 telah hilang namun dia tidak terfikir di mana duit itu berada.

“Tiga malam juga saya fikir mungkin duit tu saya dah masukkan ke dalam bank atau bayar barang lain,” ujarnya.

Pada awalnya, Erwan menyangkakan anaknya belanja kawan-kawan setiap hari menggunakan duit kakaknya kerana dia tidak pernah bagi duit kepada anaknya itu memandangkan sekolah ada makanan percuma.

“Pada masa tu, saya ingat kakak dia bagi… Apabila dia tunjuk pada saya duit dalam beg, memang saya terkejut,” ujarnya lagi.

Pun begitu, dia tidak memarahi anaknya malah menghalalkan semua duit yang sudah digunakan.

Murni sungguh hati adik ni…

Baca: “Dia tinggalkan makanan…” – Perwatakan Anjing Berubah Lepas ‘Kawan Baik’ Pergi Selamanya
Anjing Hilang Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.