in

[VIDEO] Pertama Kali Terpisah, Satu Family Nangis Tengok Kakak Masuk Hostel Buat Netizen Cair

Feature Family Wm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermula bulan ini, pelajar-pelajar universiti sudah ada yang pulang ke kampus untuk memulakan semester baru setelah hampir dua tahun menjalani online learning.

Semasa menghadiri kelas secara online di rumah, pastinya bermacam-macam gangguan yang harus dilalui seperti bunyi orang renovate rumah lah, lori tilam lalu lah, bunyi anjing bergaduh lah, dan yang paling tak boleh tahan bila kita ada adik kecil di rumah. Masa kelas lah dia nak menangis, nak ajak main sama-sama. Kalau tak layan nanti merajuk.


Min confirm kebanyakan korang yang student tu mesti pernah ada pengalaman macam ni kan?

Adik-adik ini masa depan mata je diorang annoying, tapi bila kita dah duduk jauh daripada dia nanti mesti rindu. Seperti video yang dikongsikan oleh ibu seeteeamyna ini, anak bongsunya kelihatan sangatlah sedih ketika menghantar salah seorang daripada kakaknya pulang ke kampus.

@seeteeamyna

Kakak sambung belajar masuk asrama #nyawa #anakanak

♬ original sound – seeteeamyna – Surihati Mr Shah Bana

“Nanti dah takboleh jumpa dah!”-Si kecil

Melihat daripada video yang mendapat jumlah tontonan sebanyak 1.4 juta tersebut, ramai netizen yang cair dengan gelagat keluarga ini. Dikatakan bonding mereka sekeluarga pasti sangat rapat. Itu yang susah nak berpisah. Hal ini kerana bukan si adik sahaja yang menangis, dua orang kakaknya juga dah berderai air mata serta mata si ayah juga merah nak cover tahan nangis!

Komen Family Full

Namun, ada juga yang memberi komen dengan menceritakan pengalaman sendiri bersama adik-beradik.

Komen Family Fulll

Jangan macam tu…awal-awal boleh lah suka sebab dapat jadi anak tunggal sekejap. Nanti lama-lama mesti sunyi!

Baca: “Dia imamkan family setiap solat”-Netizen Puji Johan Didik Anak, Tepis Tanggapan Pasal Kaki Game Berkeluarga 

Baca Family

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.