[VIDEO] Niat Mangsa Viralkan Video Nak Cari Pencuri Handphone, Tapi Dia Pulak Dipersalahkan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



[VIDEO] Niat Mangsa Viralkan Video Nak Cari Pencuri Handphone, Tapi Dia Pulak Dipersalahkan

 
 
00:00 /
 
1X

Orang zaman sekarang gunakan media sosial untuk pelbagai sebab. Selain untuk berhubung dengan rakan dan business, ada juga yang jadikan media sosial sebagai platform untuk meminta bantuan.

Baru-baru ni seorang wanita dah up kan post dekat Facebook sekali dengan video rakaman CCTV. Katanya dia mohon bantuan dari orang ramai sekiranya mengenali individu wanita di dalam rakaman tersebut.

Tujuan dia meminta pertolongan tersebut adalah sebab akak dalam video tu dah curi handphone miliknya. Adoi akak! Kenapa curi handphone orang?? Katanya kejadian tu berlaku dekat laundry hub Jalan Kuantan bypass sebelah DIY area Kampung Pandan 2.

Sumber: Facebook

Anyway, mangsa kata kalau akak tu baca post ni dia harap handphonenya akan dipulangkan lah sebelum dia laporkan pada polis. Sejak post tu dimuat naik, ingatkan ramai yang nak zahirkan rasa simpati tapi dorang kecam dia balik. Kenapa pulak ni?

Rupanya kalau korang tengok video yang berdurasi 21 saat ni, ada seorang budak perempuan, maybe anak mangsa yang pegang handphone tu at first, then dia letak atas beg yang ada dekat kerusi di dobi tu dan pergi berlari ke tempat lain.

Yang akak tu pulak, bila dia nampak handphone kena tinggal macam tu je, dia pun guna peluang tu dan ambil handphone mangsa. So, kiranya orang ramai macam marahlah dekat mangsa sebab cuai dan tak jaga barang sendiri dengan betul.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Selain tu, ada juga yang mempersendakan mangsa. Katanya akak tu bukan ‘curi’ tapi ‘ambil’ handphone tersebut memandangkan ianya ditinggalkan macam tu je tanpa pengawasan.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Apa-apapun, mencuri tu salah tau! Akak tu tak patutlah ambil tanpa kebenaran. Itu mencuri namanya. Kitakan manusia? Kadang kita tak perasan, tapi tak bermakna kita boleh ambil hak orang lain! Kalau orang kat Jepun boleh berhati mulia kenapa kat Malaysia tak boleh macam tu jugak kan? Korang yang kecam tu, kalau nanti jadi macam ni kat korang, baru korang tau macam mana rasanya.

Jom jadi negara yang lebih baik!

Baca: Lelaki Berang Flight AirAsia Delay, Namun Dikecam Pula Kerana…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.