in

Lelaki Berang Flight AirAsia Delay, Namun Dikecam Pula Kerana..

Aa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masalah flight delay memang akan sentiasa berlaku tidak kira dari mana-mana syarikat penerbangan pun. Selalunya perkara ini terjadi berpunca daripada cuaca yang tidak menentu. Maka pihak syarikat penerbangan perlu menangguhkan penerbangan tersebut demi menjaga keselamatan penumpang serta anak kapal.


Seperti lelaki ini, dia telah meluahkan rasa kesal dan marahnya kepada Syarikat Penerbangan AirAsia, atau dilabelkannya sebagai AirSi*l kerana menangguhkan penerbangannya tanpa memaklumkan kepada penumpang. Menurut Tom Anderson, dia telah membeli tiket murah daripada AirAsia Indonesia ke KLIA2 dan kemudian terbang ke Pulau Pinang.

“Pengalaman paling ngeri berurusan dengan Airline murah berstandard bas express ni”

Photo 2018 02 04 15 10 38
sumber: facebook

Menurut Tom, penerbangan pertamanya pada jam 1:50 petang dari Lapangan Antarabangsa Ngurah Rai Denpasar dan dijangka sampai ke KLIA2 kira-kira jam 4:50 petang. Kemudian dia akan terbang semula ke Pulau Pinang jam 5:50 petang.

“Aku bergegas ke luggage collection area tunggu beg aku. 15 minit baru beg sampai. Masa ni dah jam 5:35 petang dah. Dapat je beg terus aku cari gate K6. Punya la lari sampai kaki melecet berpeluh jangan cakap lah”

Sampai sahaja di gate K6 kira-kira jam 5:45 petang, tiada seorang pun yang berada di situ. Katanya, hanya ada beberapa pekerja AirAsia sahaja. Tom turut mengetuk pagar agar mereka membukanya, tetapi tiada seorang pun yang melayan.

“Semua buat tak tahu macam lantak kau lah miss flight ke apa-apa nak jadi dengan kau pergi mamp*s”

Photo 2018 02 04 15 10 42
sumber: facebook

Lantas dia pergi ke kaunter perkhidmatan untuk menanyakan beberapa soalan. Tetapi dia mendakwa bahawa pekerja itu tidak boleh menjawab soalannya secara straight to the point.

“Bila flight tu delay, macam mana aku punya flight? Kenapa tak bagi aku masuk gate?”

“Encik beli tiket asing-asing so kami tak boleh bantu kalau macam tu sebab encik tak bayar untuk connecting flight

So the point is now, you dah delayed for 31 minutes, then you put the blame to me because I tak book connecting flight?

“Kami tak tanggungjawab kalau flight delay. Encik book flight gap terlalu dekat. Cuma apa yang saya boleh bantu sekarang ini untuk bayar connecting fee RM259″

“Kau memang suka la passenger tunggu macam tunggul sini sampai 4 jam? Kau delay boleh, customer kau delay seminit dua tak boleh? Puk**** kau la! Bab* apa macam ni”

Photo 2018 02 04 15 10 44
sumber: facebook

Kemudian Tom memaklumkan, dia terbang dari Indonesia terus ke Pulau Pinang dengan guna Malindo jam 11:10 malam. Namun perkongsian lelaki ini mendapat cemuhan dan kritikan ramai orang, kerana tindakannya yang mengambil hanya 1 jam perbezaan untuk penerbangan seterusnya.

Photo 2018 02 04 15 24 48
sumber: facebook

“8 tahun saya belajar kat luar, selalu ambil connecting flight, memang gap paling kurang 4 jam. Tak berani ambil waktu dekat-dekat”

“Kau dah salah, kau maki pekerja? And kau buat police report? Kau dah tak boleh terima pasal ego kau. Sila tarik balik segala tuduhan dan andaian and reflect diri sendiri. Sekian”

Photo 2018 02 04 15 10 29
sumber: facebook
Photo 2018 02 04 15 10 36
sumber: facebook
Photo 2018 02 04 15 10 34
sumber: facebook

Alamak.. Dekatnya lahai gap tuu. Harap lepas ni naik flight, ambil gap sekurang-kurangnya 4 jam kerana takut kot-kot kena delay lagi..

Baca: Tony Fernandes, Pengasas AirAsia Memilih Wanita Korea Sebagai Teman Hidupnya

Photo 2018 02 04 16 17 52

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.