in

[VIDEO] Netizen Tersentuh Tengok Anak Buat ‘Surprise’ Hadiahkan Kereta Sampai Mak Ayah Menangis

Ft Ayah Sebak Kereta Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok, seorang individu berkongsi kejadian ada kereta yang tidak dikenali diletakkan di hadapan rumah mereka.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah, kereta tersebut telah sekali gus menghalang pintu masuk rumah mereka.


https://www.tiktok.com/@haazikchew/video/7206526479860092166

Rupa-rupanya, perkongsian itu adalah sebuah prank yang dirancang oleh adik-beradik yang mahu membuat satu kejutan kepada ibu bapa mereka.

Menurut Haazik, kejadian tersebut berlaku ketika ibu bapanya berkunjung ke rumah salah seorang kakaknya di Johor, pada minggu lalu.

Difahamkan, mereka berniat untuk menghadiahkan kereta Axia baharu itu kepada ibu bapa mereka untuk menggantikan kereta Viva ayahnya yang telah digunakan sejak 2008 dan selalu mempunyai masalah aircond.

Screenshot 2023 03 07 152005

Haazik turut memberitahu, persoalan ibu bapa mereka akhirnya terjawab apabila kakak sulungnya memaklumkan bahawa kereta Axia di hadapan rumah itu adalah hadiah untuk mereka.

Hadiah kereta tersebut diberikan selepas bisnes yang diusahakan kakak dan abang ipar sebagai ejen pembekal barangan implan perubatan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Kereta baharu itu juga akan membolehkan ibu bapanya agar dapat memudahkan perjalanan bersama-sama dengan lebih jauh berbanding dengan sebelum ini.

“Tersentuh tengok video ini…” – Netizen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat tindakan adik-beradik tersebut dalam usaha menggembirakan kedua ibu bapa mereka dan ada juga netizen yang rindu terkenang ibu bapa mereka yang telah tiada.

Screenshot 2023 03 07 152613

Sebaknya! Semoga kereta itu dapat memudahkan perjalanan mereka sekeluarga..

Sumber : mStar

Baca : “Cantik kereta ni” – [VIDEO] Ayah Sebak Bila Anak ‘Suprise’ Hadiah Kereta

Ft Ayah Sebak Tengok Hadiah Anak 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.