in

“Cantik kereta ni” – [VIDEO] Ayah Sebak Bila Anak ‘Suprise’ Hadiah Kereta

Ft Ayah Sebak Tengok Hadiah Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai anak yang dah dewasa, tiada apa yang dapat menyenangkan hati kita ini selain daripada melihat ibu bapa kita tersenyum. Dapat membalas jasa ibu bapa yang telah banyak membanting tulang untuk membesarkan kita ini ibarat satu kepuasan yang tak terhingga kan?


Bila tengok video ini, ramai yang rasa sebak sama apabila tengok reaksi si ayah ni menangis kegembiraan.

 

Ayah menangis bila dapat hadiah kereta

Dalam video yang berdurasi 1 minit 39 saat, rakaman bermula apabila melihat si ayah yang ingin cuba menaiki motosikal tetapi ‘ditahan’ oleh anaknya sebelum diberikan kunci kereta.

Si anak dengan tiba-tiba meminta ayahnya untuk mencari kereta tersebut, si ayah sebak dan begitu gembira. Dia bergegas mencarinya setelah mendengar bunyi alarm selepas menekan butang di remote.

“Hadiah untuk Mak Ayah. Tak dapat nak hadiahkan rumah besar & kereta mewah lagi, tapi boleh laa buat pi mana-mana. Semoga mak ayah sentiasa sihat & dipermudahkan segalanya . Tabungan bersama Aimi Rudy & Rusydi Amir & Aimi Rozana.”

Setelah menjumpai hadiah pemberian anaknya itu, si ayah terus memeluk anak sambil menangis. Dilihat si ayah juga mencium pipi anak. Anaknya itu menjelaskan bahawa mereka adik beradik membahagikan wang untuk hadiahkan ibu dan ayahnya kereta.

“Terima kasih anak-anak ayah, ingat ayah, cantik sangat kerata ni.”  

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang mengaku bahawa mereka juga rasa sebak dan menitiskan air mata apabila melihat video ini.

 

Anak orang lain yang bagi kereta, anak orang lain yang nangis – Netizen

Screenshot 2023 02 23 181000 Screenshot 2023 02 23 181044 Screenshot 2023 02 23 181102

Ala, apa ni, buat orang menangis, tiba-tiba jadi rindu dekat mak.

Baca : [VIDEO] Anak Sulung Tersentuh Ibu Belikan Hadiah Sebab Selalu Tolong Jaga Adik-Adik

Ft Hadiah Anak Sulung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.