in

[Video] “Nasib baik dia selamat” – Ajaib! Lelaki Masih Boleh Bercakap Walaupun Sebatang Besi Tercucuk Menembusi Kepala

Feat 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Admin ingat lagi admin pernah tengok insiden yang sama, besi tercukuk dekat badan tapi orang tu still hidup dan boleh cakap. Tapi, admin tengok dalam TV lah, cerita Grey’s Anatomy. Tak sangka pulak benda ni berlaku in real life.


Menurut Mirror, seorang pekerja pembinaan Sanjay Bahe, 21, sedang membuat kerja-kerja membaiki sebelum dia terjatuh ke dalam perigi dan sebatang besi tercucuk menembusi kepalanya. Ya Allah, ngeriii!

Biasanya, kalau benda macam ni berlaku, mesti orang yang kena tu dah terus mati, tapi yang ajaibnya, lelaki ni masih boleh bercakap dan nampak macam tak sakit je… Korang cubalah tengok video kat bawah ni.

Macam yang korang dapat tengok, batang besi ni mencucuk dari bahagian kanan otaknya hingga ke bahagian hadapan otak kiri. Sanjay dikejarkan ke Hospital B.J, sejurus selepas kemalangan tersebut.

Collage 19

Sejurus sampai di hospital, sekumpulan pakar bedah otak yang diketuai oleh Dr Pramod Giri, telah melakukan pembedahan pantas selama 90 minit untuk mengeluarkan besi tersebut ketika Sanjay berada dalam keadaan hipotensi atau tekanan darah rendah.

Ajaibnya, selepas melakukan pembedahan selama sejam setengah, batang besi in berjaya dikeluarkan dengan selamat tanpa pendarahan atau kecederaan di sekitar kawasan kepala Sanjay.

Menurut Dr Pramod, besi tersebut hanya beberapa milimeter saja nak terkena saraf sinus utama di otak Sanjay.

“Memberi bius anestesia kepada pesakit seperti ini sangat sukar. Kami melakukan perkara yang betul dengan meletakkan intubasi untuk mengekalkan saluran penting otak semasa pembedahan.

“Saya lakukan pembedahan ini dengan hati-hati supaya tak berlaku apa-apa kerosakan kepada kepalanya.

“Salah satu komplikasi yang boleh berlaku dalam kes seperti ini adalah meningitis. Nasib baik dia selamat selepas pembedahan dan kami juga menjaga Sanjay dengan rapi supaya dia tak dijangkiti meningitis.”

Bila tengok insiden macam ni memang buat kita sedar besar sungguh kuasa Allah. Dah tercucuk macam ni pun masih boleh selamat lagi.

 

Baca: Gara-gara Betulkan Samping, Muka Remaja Tertusuk Besi Kerana Terjatuh Longkang

Screenshot 2019 04 15 At 1.08.01 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.