Sempena musim raya ni, banyak gelagat netizen yang tak disangka-sangka korang boleh lihat di media sosial. Antaranya satu video yang viral di Twitter semalam yang hampir-hampir menyebabkan seorang penunggang motosikal accident! Uish macam mana boleh jadi macam tu?
“Buat abang yang hampir eksiden tu, saya minta maaf”
Menerusi video tersebut, gadis yang ada di dalam video terbabit dilihat sedang merakam wajahnya di tepi tingkap kereta sambil menegur penunggang motosikal melalui sebelah kenderaannya.
Tanpa disangka-sangka, si penunggang motosikal yang juga menegurnya kembali tak pasal-pasal pulak hampir accident dek kerana leka melihat cik adik yang manis tu. Aduh nasib baik tak ada apa-apa. Kesian!
https://twitter.com/adlinkamilaa/status/1137681455935442944
“Mungkin dia terkejut tengok gigi saya. Nanti saya repair”
Gadis yang memuat naik video tersebut kemudian memohon maaf di laman Twitternya dan berjanji takkan buat perkara macam tu lagi. Dia juga terkilan bila ramai yang cakap giginya yang agak ‘berterabur’ tu jadi punca kenapa abang tadi hampir kemalangan. Adoi korang ni. Min tengok elok je gigi adik ni.
“Bukti lelaki tewas dengan teguran perempuan”
Video tersebut telah mengundang gelak ketawa netizen yang rata-rata geli hati dengan gelagat si gadis dan abang motor. Ramai yang cakap, orang lelaki ni memang mudah tewas dengan teguran orang wanita. Agitew! Lain kali fokus bawa kenderaan dulu ye bang. Naya raya-raya ni accident.
Admin doakan semoga penunggang motosikal tadi baik-baik je lah eh. Kesian kalau eksiden raya-raya ni. Buat cik adik manis, nak tegur abang tepi jalan pun berhentikanlah kereta tu dulu. Adoi macam-macam!
Baca: “Dia hafal ke tak faham tu..” – Macam-Macam Gaya Lelaki & Perempuan Bila Menghafal, Lawak Weh!