[Video] “Menitik air mata” – Netizen Terharu Tengok Ketabahan Bapa Tunggal Jaga Tiga Anak Istimewa

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bila kita tengok orang yang jaga anak istimewa ni, kita sedar betapa susah dan besarnya pengorbanan mereka. Mana taknya, anak-anak istimewa ni perlukan perhatian dan pengurusan yang lebih dari kanak-kanak normal.

So, korang bayangkanlah macam mana bapa tunggal dari Kelantan ni bersusah payah menjaga bukan sorang tapi tiga orang anak istimewa seorang diri.

Baru-baru ni, Dr. Rais Hussin yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tinggi BERSATU telah kongsikan sebuah video di Twitter menunjukkan kesungguhan Mohd Zain Abdullah menguruskan tiga anak istimewanya Nisa (25 tahun), Amir (17 tahun) dan Ain (16 tahun), seorang diri selepas isteri tercintanya meninggal kerana kanser payu dara.

Kalau korang nak tahu, kesemua anak Zain ini hanya mampu terlantar dan tak boleh menguruskan diri sendiri. Mereka juga perlu memakai lampin setiap hari.

Menurut Dr. Rais, keluarga ini tinggal di Kampung Kok Keli, Tumpat, Kelantan dan mereka sangat memerlukan bantuan tak kira dalam bentuk wang mahu pun keperluan harian.

Korang tengok je lah video dekat bawah ni, Allahu, memang sedih tengok keadaan dorang ni. Netizen pun turut sama tumpang simpati dengan keadaan mereka.

Tak kurang juga ramai netizen yang sudah pun menghulurkan bantuan kepada keluarga ini. Kalau korang pun nak bantu keluarga Mohd Zain, korang bolehlah berikan sumbangan pada:

Mohd Zain Abdullah

Maybank – 103016042526

atau hubungi:

Handphone: 013-9704598

Tapi, kalau tak mampu nak hulurkan bantuan dari segi kewangan atau pun barang keperluan, korang share pun inshaAllah dapat pahala.

 

Baca: “Mana satu mama saya?” – Anak Merintih Sambil Menatap Jasad Ibu Bapa Yang Dah Dikafan

“Mana satu mama saya?” – Anak Merintih Sambil Menatap Jasad Ibu Bapa Yang Dah Dikafan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson