in

“Mana satu mama saya?” – Anak Merintih Sambil Menatap Jasad Ibu Bapa Yang Dah Dikafan

Mana Mama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekelip mata, empat beradik yang masih kecil dan bersekolah menjadi yatim piatu. Mohd Adly bin Ahmat dan isteri, Intan Safinaz binti Mohd meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kuala Kubu Bharu ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi, Khamis lalu.


Menurut Sinar Harian, motosikal Honda CBR 650 ditunggangi terbabas di lorong tengah sebelum dirempuh sebuah kereta Proton Saga FL dinaiki lima sekeluarga.

Accident1

Accident2
sumber: sinar harian

 

Arwah sangat disenangi

Perkongsian Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia di Facebook meruntun hati ramai kerana arwah dikatakan seorang yang sangat baik. Menurutnya, dek kerana arwah Mohd Adly sangat disenangi, semua urusan menyempurnakan jenazahnya serta isteri ditanggung dan diuruskan rakan-rakan kerja dari Texas Instrumental.

Jenazah disolatkan di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu selepas solat Jumaat bersama ratusan jemaah di situ. Untungnya arwah, ramai solatkan…

Meninggal

Meninggal2
sumber: facebook

Usai solat jenazah, jenazah pasangan tu dibawa menaiki van ke kampung halaman arwah di Kampung Paya, Port Dickson untuk beri peluang kepada anak-anak, ahli keluarga dan kenalan menatap jasad buat kali terakhir.

 

“Mana satu mama….”

Namun, apa yang menyedihkan, saat menatap jenazah ibu bapa mereka, salah seorang anak pasangan tu bertanya,

Yang mana satu mama saya?”

Whatsapp Image 2019 04 30 At 13.46.54

Meninggal4
sumber: facebook

Suasana menjadi sugul dan ramai bertambah sedih selepas mendengar pertanyaan anak kecil tu. Kedua-dua muka jenazah ditutup untuk menjaga perasaan ahli keluarga kerana keadaan mangsa yang kritikal akibat kemalangan. Sebab itulah, mereka ingin tahu yang mana satu.

 

Jenazah disolatkan sebanyak 4 kali!

“Solat jenazah kali ketiga didirikan di rumah tersebut dan masih ramai yang ingin menunaikan solat jenazah namun kerana ruang tidak mencukupi, jenazah-jenazah tersebut dibawa ke Masjid Kariah Kg. Paya untuk disolatkan kali keempat di sana dengan ratusan lagi sahabat-handai dan orang kampung. Allahuakbar, amalan besar apakah yang arwah suami isteri ini lakukan sewaktu hayatnya sehinggakan solat jenazah mereka sahaja sampai 4 kali?!”

Lebih kurang jam 6 petang, jenazah pasangan suami isteri itu dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kariah Kg. Paya Port Dickson untuk dikebumikan dalam satu liang lahad.

Meninggal3

Meninggal6

Meninggal1
sumber: facebook

 

Tetamu menangis lihat anak-anak mangsa

“Suasana mendung petang Jumaat seolah mengerti betapa peritnya jiwa anak-anak kecil ini untuk menghadapi kenyataan yang memeritkan ini.”

Whatsapp Image 2019 04 30 At 13.46.53

Whatsapp Image 2019 04 30 At 13.46.55

Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan kepada anak-anak itu. Lobak Merah mendoakan arwah ditempatkan di kalangan orang beriman…

Baca: “Menitis air mata” – Luahan Adik Mangsa Kemalangan Yang Meragut Nyawa Bayi 10 Bulan Sentuh Hati Netizen

Feat 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.