[VIDEO] Memang Win Ayat Agong Bagi Dekat MP

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Hari ni, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V tiba di Parlimen untuk rasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen ke-14. YDP Sultan Muhammad V yang tiba pada jam 10 pagi tu disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Namun sesi ucapan pembukaan pada Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen ke-14 ni bermula dengan sedikit humor bila YDP Agong sempat berjenaka dengan ahli MP di dewan. Dalam nada seloroh, baginda ‘menitahkan’ supaya Ahli Parlimen jangan lari tinggalkan Dewan Rakyat. 

Ahli Yang Berhormat, sila duduk dan jangan lari,” titah YDP Agong sambil tersenyum.

Opsss! Jangan ingat Agong tak tahu apa yang korang buat semalam.  

Walaupun masih tak clear kepada ‘siapa’ YDP Agong menitahkan kata-kata tersebut, tapi ahli Dewan Rakyat lain pasti dah agak yang baginda target ia kepada MP pembangkang yang buat kekecohan semalam.

Sumber: BH

Pun begitu, Tun M, Datuk Seri Wan Azizah, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak kelihatan ‘cool’ sambil ketawa dengan seloroh baginda Agong.

Haa tudiaaa, Agong dah sound! Jangan nak lari dewan lagi okay! 

Baca: [VIDEO] Tengok Reaksi Win Tun M Bila Pembangkang Keluar Dewan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!