in

[VIDEO] Tengok Reaksi Win Tun M Bila Pembangkang Keluar Dewan

Tun M

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi tadi, hampir kesemua MP pembangkang daripada UMNO dan PAS menunjukkan rasa tak puas hati mereka dengan keluar dari Dewan Rakyat lepas tuduh Pakatan Harapan (PH) melakukan penipuan dengan melantik Mohamad Ariff Yusof sebagai speaker dewan yang baru.


Kalau korang ingat kerajaan PH tergugat dengan perkara yang berlaku, ternyata korang salah sebab Tun Dr Mahathir yang menghadiri mesyuarat pertama di Parlimen tadi sikit pun tak rasa goyah. Malah menurut Malaysiakini, Tun M sekadar tersenyum melihat keletah tak matang daripada ahli pembangkang tu. Ish, ish, ish! Buat maluu je! 

Nah tengok reaksi win Tun M. Chill je weh! 

Melihatkan apa yang berlaku, Tun M hanya anggap ini semua cumalah lakonan atau sandiwara pihak pembangkang, lapor MMO. Kini, barulah mereka tahu macam mana rasanya duduk di kerusi pembangkang.

“Ini hanyalah sandiwara. Mereka hanya berlakon. 

“Untuk kali pertama, bekas Perdana Menteri keluar dewan, jadi kini dia tahulah apa maknanya bila orang keluar dewan dulu,” komen Tun M.

Tun M 2 1
sumber: mmo

Bila disoal betul atau tak kerajaan PH tak ikut manifesto yang menetapkan speaker mestilah dipilih daripada salah seorang daripada MP, Tun M berkata, tak semestinya semua manifesto harus dituruti kerajaan. Kadang-kadang parti politik pun kenalah praktikal dalam buat keputusan.

“Atas sebab-sebab tertentu, kami tak boleh ikut manifesto asal. Tolong ingat yang manifesto ni bukan buku rujukan, ia cuma panduan.  

“Jadi ada beberapa perkara yang kita boleh buat dan ada jugak beberapa perkara yang kita tak boleh, jadi kita kena praktikal dalam soal ni,” kata PM lagi.

071611 Kl07 160718 Pm Bn201807153195
sumber: sin chew

Apa-apapun admin tetap salute dengan KJ dan Anifah Aman! Chill je duduk dalam dewan bila ramai kawan-kawan keluar tinggal dorang dalam tu. 

Baca: MP Pembangkang Tak Matang? Boikot Keluar Dewan 

Kj Last Man Standing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.