in

[VIDEO] Malaysia Bakal Hadapi Banjir November Ini, Netizen Minta Tangguh PRU

Banjir Pru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) ada meramalkan bulan November tahun ini bakal berlakunya banjir besar disebabkan hujan lebat dari pertengahan sehingga hujung bulan tersebut.

Dalam laporan Berita Harian, Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata ia disebabkan fenomena La Nina dan dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan.


PRU bakal diadakan pada bulan November? 

Seperti yang kita sedia maklum jika mengikut kalendar Malaysia, Pilihanraya Umum (PRU) mungkin diadakan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan.

Disebabkan itu, menerusi laman media sosial Twitter, ada netizen yang meminta agar PRU tidak diadakan pada bulan November, ia bukan sahaja membuatkan pergerakan sukar tetapi ia juga bakal mengancam keselamatan rakyat Malaysia.

https://twitter.com/_NazriH/status/1567505010367565829?s=20&t=Ps3hxU81bfo315j13FWxOw

Setakat artikel ini ditulis, tweet tersebut telah mendapat hampir 5K retweet dan rata-rata netizen mengharapkan perkara yang sama malah, ramai juga yang risau tentang keselamatan diri dan keluarga.

Tidak kurang juga mereka yang berkongsi tips dan persiapan bagi menghadapi bencana alam tersebut.

Cats 6

Semoga Malaysia sentiasa selamat…

Baca: “Rasa gerun bila tengok” –  Pakistan Dilanda Banjir Dahsyat, Ragut Lebih 1,000 Nyawa

Pakistan Dilanda Banjir Besar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.