Rasa bimbang terhadap seorang kakak terhadap keselamatan adiknya yang kini sedang menyertai perjalanan ke Annapurna Base Camp di Nepal menjadi sedikit reda apabila melihat perkongsian daripada seorang pengguna media sosial yang berada di kawasan itu memaklumkan keadaan di situ selamat.
Wanita yang dikenali sebagai Iffarina sebelum ini ada memohon orang ramai agar mendoakan keselamatan adiknya itu yang kini masih belum dapat dihubungi dan memaklumkan bahawa dia suda hubungi Kedutaan Malaysia di Nepal untuk mendapatkan kepastian.
Artikel berkaitan : Banjir Nepal: ATM Tunggu ‘Lampu Hijau’ Untuk Misi SAR
Artikel berkaitan : 19 Jambatan Musnah, Talian Putus: Lebih 50 Rakyat Malaysia Masih Hilang di Nepal
Jelasnya, dia mendapati bahawa nama adiknya tiada dalam senarai individu hilang, bagaimanapun masih gagal dihubungi disebabkan masalah rangkaiaaan komunikasi di kawasan tersebut.
Namun selepas melihat hantaran daripada seorang pengguna Threads yang dikenali sebagai Muhammad Hafizal Hamidon yang juga seorang pemandu pelancong bebas, tampil memberikan maklum balas bahawa dia berada di kawasan itu.

“Saya di kawasan trek Annapurna Base Camp sekarang. Okey saja di sini. Mungkin dia tak ada Internet.”
Sebelum ini, dilaporkan bahawa lebih 50 rakyat Malaysia di Nepal masih gagal dihubungi ahli kelaurga berikutan dengan tragedi berkenaan yang turut menyebabkan ratusan penduduk tempatan dan warga asing yang masih belum ketahui nasib mereka.
Sumber : Buletin TV3/Threads
