“Rasa gerun bila tengok” – Pakistan Dilanda Banjir Dahsyat, Ragut Lebih 1,000 Nyawa

Tambah ke Sumber Pilihan
“Rasa gerun bila tengok” – Pakistan Dilanda Banjir Dahsyat, Ragut Lebih 1,000 Nyawa

Akibat hujan monsun yang turun tanpa henti, negara Pakistan kini berdepan banjir dahsyat yang telah merosakkan sebahagian dari negara tersebut dan mengorbankan lebih 1,000 orang.

Menurut Malaysiakini, bencana hebat itu juga mengakibatkan ribuan mengalami kecederaan serta kehilangan tempat tinggal semenjak Jun lalu.


Pakistan isytihar darurat 

Angka kematian baru juga dicatat sehari selepas Perdana Menterinya, Shehbaz Sharif meminta bantuan antarabangsa dalam menangani bencana yang membawa maut ini.

Shehbaz menerusi Twitter telah meluahkan rasa sedihnya ketika melawat kawasan yang terjejas akibat banjir itu.

Magnitud bencana adalah lebih besar daripada yang dianggarkan,” katanya.

Dengan itu, kerajaan Pakistan telah mengisytiharkan darurat bagi menangani banjir monsun yang telah menjejaskan lebih 30 juta penduduk sejak beberapa minggu lalu.

“Seramai 33 juta penduduk terjejas dalam keadaan yang berbeza; angka gelandangan terakhir sedang dinilai,” kata Menteri Perubahan Iklim Negara, Sherry Rahman.

“Rakaman mengerikan…” 

Dalam pada itu, rakaman bencana yang menimpa Pakistan kini viral di TikTok yang memaparkan kemusnahan yang dialami oleh negara tersebut.

Menerusi video tersebut dapat dilihat bangunan serta rumah penduduk musnah dengan begitu sahaja ditolak bah besar. Allahu ngeri kalau tengok…

Malah kawasan yang pernah menjadi tarikan pelancong kerana keindahan semulajadinya juga musnah teruk akibat banjir monsun yang melanda negara itu.

Bencana yang menimpa Pakistan ini juga telah mendapat perhatian golongan agamawan seperti Ustazah Asma’ Harun yang mengajak netizen beramai-ramai mendoakan kesejahteraan rakyat negara Pakistan yang terjejas akibat banjir tersebut.

“Melihat kepada gambar-gambar yang dikongsikan di media sosial, timbul rasa gerun, dengan bencana banjir begini kita sudah pasti ketakutan dan ingin menyelamatkan diri, bagaimana agaknya apabila kiamat tiba nanti. Allah sedang mendidik kita semua untuk kembali padanya saat hidup sebelum saat mati kita.

“Mari sama-sama panjatkan doa buat mereka, juga seluruh saudara kita di Pakistan, khususnya buat yang terkesan dengan banjir besar kali ini,” katanya.

Marilah kita sama doakan yang terbaik saudara kita di Pakistan. #PrayforPakistan 

Baca: “Semoga kuat!” – [VIDEO] Korea Selatan Alami Banjir Terburuk Dalam 80 Tahun, 7 Dilaporkan Maut

Banjir Korea

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Rasa gerun bila tengok” – Pakistan Dilanda Banjir Dahsyat, Ragut Lebih 1,000 Nyawa
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/rasa-gerun-bila-tengok-pakistan-dilanda-banjir-dahsyat-ragut-lebih-1000-nyawa/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM