in

“Inilah cara betul guna tik tok” – PU Azman Buat Akaun TikTok, Mahu Sebar Dakwah Di Sana

Puazman Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Platform media sosial TikTok sering dikatakan sebagai platform yang menyebarkan perkara tidak senonoh dan tidak berfaedah bagi masyarakat zaman sekarang. Tidak dinafikan kalau kita salah scroll video, mesti terjumpa video budak tengah bergelek lah dan macam-macam lagi video yang tak sesuai ditonton ramai.


Namun bak kata orang, dalam keburukan sesuatu benda pasti ada kebaikannya yang kita tak tahu.

Menurut PU Azman di Instagramnya, pendakwah ini memberitahu yang dia telah membuka akaun TikTok dengan tujuan untuk berdakwah dan menyebarkan video-video berguna di sana. 

“Post pertama Tik Tok. Cecuber je. Sesikit dulu. Ada orang cakap Tik Tok tempat tengok dedah aurat. Memang tak dinafikan. Dedah aurat ni tak payah tunggu Tik Tok. Dalam semua media sosial pun ada. 

“Kau yang tentukan niat kau pergi sana. Dah kau mencari, memanglah dapat. Kau asik terperangkap dengan persepsi, tapi kau sendiri tak ubah,” katanya.

Dengan menggunakan ID @puazman, pendakwah ini telah memuat naik 4 buah video setakat ini dan sudah mengumpul beribu likes di sana.

Inisiatif baik PU Azman telah mendapat respond yang positif daripada netizen ramai. Wah bagusnya!

Cikman

Alhamdulillah kalau macam tu kan Cik Man. Tak semestinya yang guna TikTok tu kita label dia gedik dan tak elok. Ada je orang tengok TikTok untuk benda baik macam ni. 

Baca: “Sedih dia kena hadap semua perkara negatif ni” –  Dihina di TikTok Kerana OKU, Remaja Ini Sebaliknya Dipuji Neelofa!

Lofa Baik

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.