in

[VIDEO] Lepas ‘Announce’ Boleh Rentas Negeri, Lelaki Tersadai Tepi Jalan Berhampiran Tol Tunggu Pukul 12

Ft Lelaki Excited Balik Kampung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu penantian akhirnya sudah tiba dimana kerajaan telah mengumumkan satu berita gembira buat anak-anak perantauan yang dah hampir 9 bulan tiada peluang untuk pulang ke kampung.


Mulai hari ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri secara rasminya mengumumkan bahawa semua rakyat Malaysia dibenarkan untuk merentas negeri. Menerusi Astro Awani, beliau mengatakan semalam bahawa ia berikutan dengan pencapaian  vaksinasi telah mencapai 90 peratus pada Ahad.

 

“Menunggu tu seksa tapi berbaloi”

Sejurus sahaja pengumuman itu dibuat, viral di TikTok menunjukkan beberapa individu  ‘tersadai’ di tepi jalan berhampiran dengan tol menunggu jam 12.01 am untuk rentas negeri.

Dalam masa 16 jam ia dimuat naik video ini telah raih 1.6 juta jumlah tontonan. Menurut @acak_east, dia pada waktu itu menuju ke tol Pahang untuk pulang ke kampung.

Ye lah, kalau nak tunggu masa tepat baru nak gerak confirm jammed kan?! Kalau diperhatikan dalam video itu seolah-olah masa dia menunggu itu baru je waktu senja.

@acak_east

Tugu kat Tol sampai pukul 1201am balik kampung #fyp #foryoupage #foryou

♬ bunyi asal – IbuFatimah Kassim – IbuFatimah Kassim

Melihat video ini, sejujurnya min yang anak perantauan pun jadi excited dan jealous sebab jiwa nak berkobar-kobar, tak sabar nak balik kampung, perkara itu juga turut sama dirasai oleh netizen.

Ada juga yang turut gembira dan berpesan kepada lelaki ini supaya hati-hati memandu di jalan raya.

Lelaki Excited Balik Kampung Lelaki Excited Balik Kampung 2 Lelaki Excited Balik Kampung 3 Lelaki Excited Balik Kampung 4 Lelaki Excited Balik Kampung 5

Ramai juga orang yang duduk sama daerah dengan kampung halaman jadi cemburu kerana teringin nak rasa vibes anak perantauan.

 

Baca : “Jadi perantau memang kena berani” – Elak Orang Lain Dijangkiti Covid-19, Pemuda Sanggup Jalan Kaki 100 KM Untuk Balik Kampung

Feature 1 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.