in

“Jadi perantau memang kena berani” – Elak Orang Lain Dijangkiti Covid-19, Pemuda Sanggup Jalan Kaki 100 KM Untuk Balik Kampung

Feature 1 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wabak Covid-19 bukan sahaja mengajar kita tentang erti kesabaran malah ia juga mengajar kita untuk menjadi manusia yang tidak pentingkan diri sendiri.


Seperti kisah yang dikongsikan oleh Nazehah Shahavelizen di Facebook tentang seorang lelaki yang sanggup berjalan kaki dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu untuk pulang ke kampung baru-baru ini.

Iam so proud of u abng . Alixson AwandohBertemankan seekor anjing . Guys this is story about my brother . Sangat2…

Posted by Nazehah Shahavelizen's on Tuesday, April 7, 2020

 

Alixson Awandoh yang baru sahaja pulang dari Jepun pada 25 Mac lalu mengambil keputusan untuk berjalan kaki sejauh 100 kilometer dan tidak mahu ahli keluarga datang menjemputnya di airport kerana tidak mahu orang yang di sekelilingnya dijangkiti Covid-19.

Jalan Kaki 4

Walaupun dia tidak menunjukkan tanda-tanda gejala jangkitan virus itu, dia tidak mahu merisikokan nyawa sesiapa. Namun, jangan risau sebab Alixson telah pun membuat ujian saringan Coronavirus di Hospital Queen Elizabeth sebelum memulakan perjalanan.

Setelah tiga hari berjalan kaki, pemuda berusia 34 tahun ini akhirnya sampai di kampungnya pada 28 Mac lalu.

Jalan Kaki 1

Buat masa sekarang, lelaki yang bekerja di Jepun ini sedang mengasingkan dirinya di sebuah rumah kebun milik datuknya sebelum berjumpa ahli keluarganya.

Yang lagi sebak, sepanjang perjalanan tersebut, dia hanya ditemani oleh seekor anjing yang mengekorinya. Betul lah orang kata, anjing ni haiwan yang setia kan. 

Jalan Kaki 2

Admin memang tabik habis dengan Alixson ni!

 

Baca: “Jalan kaki balik kampung” – Lelaki Ini Berjalan Dari KL ke Kelantan, Rupa-rupanya Sebab..

Jalan Kaki

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.