in

[VIDEO] Lelaki Kurang Siuman Dikejar & Dibelasah Orang Awam Lepas Rempuh Hampir 20 Kereta

Picture1 30

Sabtu lalu, seorang lelaki yang dikatakan kurang siuman dan mengalami masalah kesihatan mental telah melanggar hampir 20 kereta di atas jalan raya.

Dalam salah satu video yang dimuat naik dari page Info Roadblock JPJ/Police di Facebook, dapat dilihat pemandu tersebut telah memandu secara melulu sehingga melanggar kereta-kereta disekelilingnya.

Insiden yang berlaku di Pulau Pinang ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang di atas jalan raya yang membuat keputusan untuk mengekori kereta tersebut sehinggalah pemandu itu memberhentikan kenderaan di rumahnya yang terletak di Taman Alma Jaya.

Dalam video lain yang dikongsikan, dapat dilihat beberapa orang yang mengejar pemandu ini telah mengambil keputusan untuk membelasah lelaki tersebut hingga mukanya cedera berlumuran darah.

Screenshot 2020 08 24 At 5.16.20 Pm

Pemandu tersebut bernasib baik kerana pihak polis sempat sampai di tempat kejadian sebelum perkara yang lebih teruk berlaku ke atas dirinya.

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/posts/1658828140961556

Menurut Harian Metro, pemandu berusia 46 tahun ini baru pulang dari tokong selepas melakukan upacara keagamaan dan dia dikatakan tak sedar dia ada melanggar kereta di atas jalan raya.

Sebaik dia tiba di rumah, tiba-tiba dia diserang lebih 10 lelaki yang memukulnya dengan beberapa objek termasuk topi keledar

Screenshot 2020 08 24 At 5.18.06 Pm

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad mengatakan kesemua lelaki yang memukul pemandu ini telah pun melarikan diri.

mangsa secara tiba-tiba diserang sekumpulan lelaki yang tidak dikenalinya selepas dia tiba di hadapan rumahnya hingga mengalami kecederaan bahagian bawah mata kiri, atas hidung dan atas kelopak mata kanan.”

Selepas siasatan lanjut dibuat, pihak polis mendapat pengesahan dari pihak psikiatri Hospital Bukit Mertajam bahawa pemandu ini memang mengalami masalah sakit mental.

Pihak polis kini sedang mengesan suspek-suspek yang terbabit dalam insiden tersebut dan akan disisasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

 

Baca: “Tunjuk samseng ni” – Pekerja Stesen Minyak Dibelasah Lepas Customer Tak Puas Hati Ditegur Suruh Pakai Mask

Screenshot 2020 08 24 At 5.21.55 Pm