[VIDEO] Lecturer Ambil Keputusan Terjah Bilik ‘Student’, Sebab Ramai Ponteng Kelas

Tambah ke Sumber Pilihan
[VIDEO] Lecturer Ambil Keputusan Terjah Bilik ‘Student’, Sebab Ramai Ponteng Kelas

Meskipun ramai yang mengakui terpaksa berhempas pulas demi menempatkan diri ke menara gading, ada di kalangan pelajar yang mensia-siakan peluang tersebut dengan tidak hadir ke kelas.

Prihatin dengan sikap pelajar tersebut, seorang pensyarah kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam telah membuat sesi ‘ziarah’ ke bilik dan rumah pelajar-pelajar yang ponteng ke kelasnya.


Lecturer terjah bilik pelajar ponteng kelas 

Menerusi perkongsian video TikTok pensyarah Hisyam Che Mat, beliau dilihat telah ‘terjah’ ke kolej dan rumah sewa (non resident) untuk bertemu sendiri dengan penuntut-penuntut yang tidak hadir ke kelasnya.

Kehadiran spontan yang dibuat pensyarah tersebut telah mengejutkan para pelajar yang mana ada di antaranya telah ditangkap sedang lena tidur dan ada pula langsung tidak buka pintu. Fuh mesti heart attack semua student tu! 

“Niat saya cuma nak tahu apa punca atau masalah mereka tidak hadir ke kelas”

Hisyam yang juga pensyarah bagi subjek Rekreasi untuk Orang Kurang Upaya (OKU) dan Pemprograman Perkhidmatan Rekreasi Luar itu berkata dia pernah melakukan sesi ‘terjah’ tersebut pada tahun 2000 hingga 2003 lagi.

“Saya mengajar sejak 23 tahun lalu dan kalau diikutkan sudah buat begitu sejak awal lagi, seingat saya bermula tahun 2000 sehingga 2003.

“Sebenarnya, saya terikut cara didikan salah seorang pensyarah saya di Universiti Putra Malaysia (UPM) ketika belajar dulu malah saya ikut dia ‘terjah’ ke rumah penuntut yang tidak datang ke kelas. 

“Jadi apabila masuk mengajar di UiTM, saya gunakan pendekatan sama dan mereka yang jadi anak didik saya dahulu sudah tahu cara saya cuma penuntut baharu mungkin tidak tahu.

“Disebabkan itu, ada yang terkejut apabila saya datang ke rumah mereka tempoh hari tetapi percayalah, niat saya cuma nak tengok dan tahu apa punca atau masalah mereka tidak hadir ke kelas.

“Mana tahu ada yang demam atau ada masalah kewangan,” jelasnya kepada Harian Metro.

Menurut Hisyam lagi, perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai komen positif netizen dan dia juga telah meminta kebenaran pengetua kolej kediaman sebelum membuat lawatan ke bilik pelajar berkenaan.

“Ada yang minta saya ajar saja sampai habis silibus dan kata buat apa nak menyibuk?

“Ikutkan saya boleh saja buat begitu namun sebagai pensyarah yang juga dilantik sebagai pengetua pelajar ‘Non Resident’ (NR), iaitu pelajar tinggal di luar, jadi saya perlu ambil tahu mengenai kebajikan mereka.

“Ia kerana saya mahu mereka utamakan pelajaran dan jadi manusia berguna nanti terutama kepada keluarga dan negara,” jelasnya lagi.

Bagi admin baguslah pensyarah tu buat macam tu. Itu tandanya dia prihatin dengan semua pelajar dia. 

Baca: “Ada saja alasan” – Ramai Penduduk Degil Taknak Buat Swab Test, Polis Terpaksa ‘Terjah’ Rumah

Swab

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

[VIDEO] Lecturer Ambil Keputusan Terjah Bilik ‘Student’, Sebab Ramai Ponteng Kelas
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/video-lecturer-ambil-keputusan-terjah-bilik-student-sebab-ramai-ponteng-kelas/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM