in

“Ada saja alasan” – Ramai Penduduk Degil Taknak Buat Swab Test, Polis Terpaksa ‘Terjah’ Rumah

Ft Degilswab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak polis berkerjasama dengan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan terpaksa pergi dari rumah ke rumah penduduk kerana kedegilan mereka melakukan ujian calitan Covid-19. Menurut Harian Metro, masih ramai penduduk di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga, Kuala Terengganu enggan menjalani swab test di balai raya kampung terbabit dan memberikan alasan seperti,


Bukan kontak rapat.”

Tidak bergaul.”

Tidak keluar rumah.”

Swab 1

Ujian calitan dilakukan apabila 11 orang daripada beberapa keluarga didapati positif Covid-19 selepas mereka menziarahi kematian di Telemong, Hulu Terengganu. Menurut Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Seberang Baruh, Mohd Junaidi Long, seramai 1,000 penduduk dikenal pasti untuk menjalani ujian tersebut namun dalam tempoh dua hari itu, hanya 690 penduduk yang menjalani ujian berkenaan.

Kita sudah menjangkakan tidak semua akan memberi kerjasama dan meletakkan sasaran hanya 700 orang daripada jumlah yang dikenal pasti akan keluar menjalani ujian berkenaan.”

Hari pertama sambutan agak baik iaitu seramai 398 orang, tetapi pada hari ini sambutan dingin iaitu hanya sekitar 50 orang sahaja yang keluar menyebabkan polis terpaksa campur tangan.”

Katanya lagi, tindakan yang diambil pihak berkuasa pergi dari rumah ke rumah penduduk dilihat berkesan bagi memastikan tiada penularan wabak Covid-19 di kampung berkenaan.

Baca: “Turut jangkiti 3 kampung lain” – Dua Keluarga PUNCA Kluster Terbesar di Hulu Terengganu, 127 Penduduk Positif

Ft Klustermatang

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.