Sebelum ini sering kita dengar berita-berita berkenaan kenderaan hilang kawalan akibat tertidur sejenak atau microsleep, namun jarang sekali kita jumpa cerita berkenaan pemandu pengsan secara tiba-tiba ketika memandu.
Baru-baru ini, sebuah video telah tular di laman Twitter berkenaan kereta Toyota Hilux yang bertembung dengan sebuah kereta Alza berwarna maroon.
Baru sahaja berlaku sebentar tadi di Kajang. Nasib baik tak langgar orang dekat situ. Punca taktahu kenapa sbb nak cepat pickup @nuramirafadzil ? pic.twitter.com/XaGsyWLb2l
— ^^ (@hafizxromli) October 27, 2021
Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna @hafizxromli itu juga, orang ramai dilihat cuba mengejutkan lelaki di dalam kereta dengan mengetuk cermin kenderaan tersebut, namun tidak berhasil.
Namun, pedal minyak pada kereta Hilux masih lagi ditekan selepas kemalangan itu. Ini mengakibatkan keadaan jadi lebih teruk apabila kenderaan itu mula berasap dan seterusnya meredah naik melalui pembahagi jalan.
Dalam kejadian itu, orang ramai dilihat cuba mengejutkan lelaki di dalam kereta dengan mengetuk cermin kenderaan tersebut.
Kereta tersebut kemudiannya menyusur laju di arah jalan bertentangan, sebelum melanggar sebuah motorsikal dan akhirnya merempuh sebuah rumah kedai. Mujur orang ramai di sekitar kawasan itu sempat mengelak dari dilanggar.
Kemalangan tersebut berlaku sekitar kawasan Taman Jeranis, Kajang. Menurut Astro Awani, lelaki yang memandu kereta Hilux itu dikatakan pengsan ketika memandu akibat tidak makan.
Keterangan dari Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid menjelaskan lelaki berusia 39 tahun itu memandu Hilux dalam perjalanan dari arah sebuah pasar raya di Prima Saujana menuju ke Kajang. Lelaki itu turut dikatakan panik setelah tersedar dari pengsan.
Mohd Zaid turut menyatakan kedua-dua pemandu yang terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan, hanya kerosakan pada kenderaan.
Hasil ujian mendapati lelaki itu tidak memandu di bawah pengaruh alkohol, manakala ujian air kencing terhadap pemandu itu negatif.”
Alahai… harapnya korang jagalah makan dan minum walau di mana-mana pun, ya? Benda-benda macam ni memang susah kita nak jangka.
Sumber: Twitter dan Astro Awani
BACA: “Ada 9 nyawa ke?” – [VIDEO] Penunggang Basikal ‘Cucuk Angin’ Belakang Lori Buat Warganet Tepuk Dahi