in

“Ada 9 nyawa ke?” – [VIDEO] Penunggang Basikal ‘Cucuk Angin’ Belakang Lori Buat Warganet Tepuk Dahi

Cats 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, seorang penunggang basikal dilaporkan meninggal dunia semasa sedang berbasikal di atas jalan raya di Cyberjaya. Berita ini memberi iktibar kepada kita semua agar lebih berhati-hati ketika menunggang basikal di atas jalan raya.



Terbaharu, tular satu video yang dirakam oleh seorang pengguna jalan raya melibatkan penunggang basikal. Menerusi ciapan Jabatan Netizen Malaysia, video tersebut memperlihatkan seorang individu sedang berbasikal secara merbahaya di atas jalan raya yang sibuk.

Lebih menggerunkan, individu tersebut dilihat mengayuh rapat di belakang sebuah lori muatan berat dengan kelajuan yang agak pantas. Menurut sumber, kejadian berlaku di sebuah jalan di Temerloh, Pahang.

Menurut seorang warganet, penunggang basikal tersebut sebenarnya sedang ‘mencucuk angin’ di mana dia mahu mengurangkan rintangan angin agar dapat mengayuh dengan lebih pantas.

A 5

Bagaimanapun, tindakan berani mati penunggang basikal tersebut yang cuba untuk ‘mencucuk angin’ di belakang sebuah lori muatan berat mendapat perhatian warganet.

Rata-ratanya berpendapat individu tersebut tidak mengambil iktibar terhadap kemalangan melibatkan penunggang basikal yang pernah berlaku sebelum ini. Ada juga yang berpendapat tindakan seperti itu hanyalah menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

11

22

33 1

Hampir setiap minggu kita disajikan dengan berita dan video penunggang basikal yang berbasikal secara merbahaya. Di mana silapnya?

Jika dilihat dari video tersebut, memang merbahaya apa yang dilakukan oleh penunggang basikal tu. Apa pendapat anda tentang isu ini?

 

BACA: Kes Basikal Lajak: Jurujual Wanita Langgar 8 Remaja Berbasikal Dibebaskan Mahkamah Majistret

Cover 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.