in

[VIDEO] Kekurangan Fizikal Bukan Penghalang! Wanita Ini Pamer Skill Ikat Rambut Dan Pakai Tudung Guna Sebelah Tangan Sahaja!

Ft Tangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seringkali kita lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang Tuhan berikan dalam hidup sehingga kita tak sedar ramai lagi orang dalam dunia yang tidak pernah merasai kesenangan yang kita perolehi.



Mendapat perhatian ramai, perkongsian menerusi Tik Tok, @kikiabil17 ini bagaikan satu tamparan hebat buat ramai termasuklah min sendiri.

Tidak mengeluh, malah hanya menggunakan keupayaan yang ada, wanita dari Indonesia ini berkongsikan skill mengikat rambut dan mengenakan tudungnya dengan hanya menggunakan sebelah tangan.

Min yang guna dua belah tangan ni pun tak tentu halanya tudung dan rambut ni…

 

“Saya bangga dengan kekurangan diri”

Ketiadaan tangannya sejak kecil menyebabkan wanita ini pantas melatih dirinya untuk mengurus diri sendiri menggunakan sebelah tangan selain turut dibantu sebelah lagi kakinya.

Perkongsiannya baru-baru ini yang mendemonstrasikan cara mengikat rambut menggunakan satu tangan mendapat perhatian ramai.

Menerusi video Tik Tok tersebut wanita tersebut dilihat mengikat rambut tanpa bantuan sesiapa.

@kikiabil17

Baru abis mandi, aku buatin part 2 nya ikat rambut ala aku☺😁#fyp #nonstopkreasiq #voiceeffects #goyanggledek #1212shopeehaul #viral #tunadaksa

♬ Into Your Arms (feat. Ava Max) – Witt Lowry

Bukan itu sahaja. Menurut wanita itu,  kekurangan yang dialaminya turut membuatkannya lebih hebat mengguruskan hal-hal seharian seperti menunggang motorsikal, menguruskan anak kecilnya serta mampu menyiapkan diri sendiri.

 

Pin tudung guna sebelah tangan!

Bukan itu sahaja, wanita itu turut berkongsikan kelebihannya mengenakan tudung dengan menggunakan sebelah tangan.

Jangan ingat tudung sarung pula, wanita ini mengenakan tudung dengan menggunakan pin bagi persiapan hari-harinya.

@kikiabil17

Balas @mhiiabdulkarim #voiceeffects #GoyangGledek #viral #NonstopKreasiq #fypシ #ItsOkayToBeLebay #1212shopeehaul

♬ original sound – mamana abil – Mama Abil

Kalau min la, mungkin pakai tudung sarung je la sampai sudah.

Kecekalan wanita ini menarik minat ramai hingga akaun Tik Tok miliknya kini sudah memiliki seramai 17 ribu pengikut.

Rata-rata pengikutnya gemar bertanyakan soalan berkenaan cara wanita itu menguruskan hidupnya.

Kecekalan begini perlu diberi pujian, sebab tak semua orang mampu untuk menerima kekurangan diri sendiri dengan baik…

Baca : [Video] Adik Kecil Ni Tarik Perhatian Ramai Buat TikTok Jual Baju Bundle

Capture 20 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.