[Video] Adik Kecil Ni Tarik Perhatian Ramai Buat TikTok Jual Baju Bundle

Jadikan sumber pilihan di Google
[Video] Adik Kecil Ni Tarik Perhatian Ramai Buat TikTok Jual Baju Bundle

Sekarangkan perniagaan bundle ternyata berkembang maju ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Kalau tak mampu nak sewa kedai atau tapak, peniaga boleh sahaja buat live secara atas talian bagi mempromosikan produk mereka.

Banyak dah min tengok dekat Facebook dan Instagram ramai yang gunakan kaedah interaksi dua hala itu untuk melariskan perniagaan mereka. Baguslah tu, ada inisiatif!


Biasa kita tengok orang dewasa je kan. Tapi menerusi perkongsian Andriany di akaun TikTok miliknya proses jual beli ini dilakukan oleh seorang kanak-kanak!

Punyalah comel adik tu try nak jual baju Sofia the First, siap bagi tahu saiz lagi!

Sampai terhiburlah ibunya melihat gelagat adik tu.

Menerusi video tersebut, kanak-kanak itu dikatakan mempromosikan beberapa pakaian selain turut menawarkan harga ‘baik’ untuk pembelinya.

Tak cukup itu, kanak-kanak siap meminta orang ramai untuk bantu up kan sale dia.

Ternyata gelagat bijak kanak-kanak tersebut menarik perhatian ramai sehingga videonya itu ditonton oleh 1.5 juta penonton dia akaun itu.

Wow! Baguslah dik, belajar dari kecil, besar nanti senang nak cari kerja, pengalaman banyak!

Baca : TikTok Satukan Kembar Yang Terpisah Selama 23 Tahun!

Capture 4 1

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Peminat lagu lama, kopi, kucing, budaya, buku dan tak suka makan. Masih mencuba untuk menulis dengan baik.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

[Video] Adik Kecil Ni Tarik Perhatian Ramai Buat TikTok Jual Baju Bundle
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/video-adik-kecil-ni-tarik-perhatian-ramai-buat-tiktok-jual-baju-bundle/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen