in

[VIDEO] Kecewa Mi Goreng Sotong Berulat, Netizen Dakwa Kedai ‘Famous’ Kena Sihir?

Collage 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Alamak! Banyak betul kes makanan dekat bazar tak seperti apa yang kita expect kan tahun ni?

Lagi kes terbaru bila seorang pengguna TikTok kongsikan yang dia telah membeli mi goreng berlaukkan sotong gergasi dengan harga RM30 tapi bila nak berbuka tengok-tengok ada ulat. Aduiii


Menurut pemilik video tersebut, tujuan dia memuat naik video ini adalah kerana dia telah mencuba untuk membuat aduan di laman web Perbadanan Putrajaya namun gagal kerana masalah teknikal.

Jelasnya, dia telah pergi ke bazar Ramadan di Putrajaya untuk membeli mi goreng lauk sotong di kedai viral “Mee Tonggek” pada jam 5.20 petang.

Tambahnya lagi, dia boleh terima jika makanan yang dibelinya itu tak sedap walaupun harganya RM30 tapi…

Beli 30 ringgit tapi kau dapat ulat nak berbuka puasa. Kau tengok. Kepada Perbadanan Putrajaya tolonglah check kedai ni. Kesian pengguna lain dekat budak-budak yang makan benda ni.

Nasib baik aku pasang lampu terang lagi, tengok ada ulat.”

https://www.tiktok.com/@meximus_takasima33/video/7086302894479117594?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

“Macam disihir, kedai nampak bersih”

Selalunya bila berlaku kejadian macam ni, ramai netizen akan kecam kedai ni kerana biarkan pengguna dapat makanan yang berulat, pun begitu min tengok rata-rata komen di media sosial mengatakan bahawa kedai ini seperti telah disihir kerana nampak bersih.

Screenshot 2022 04 15 At 12.21.11 Pm Down

Ada juga netizen yang mengatakan pengguna TikTok ini salah kerana membiarkan makanan terdedah sehingga waktu buka puasa, namun turut menunjukkan ada pelanggan lain turut kena perkara yang sama.

https://www.tiktok.com/@meximus_takasima33/video/7086366601183825178?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

“Gagal pastikan kawasan dalam keadaan bersih”

Ekoran video viral ini juga, Perbadanan Putrajaya telah pun mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa notis amaran telah pun diberikan kepada penjaja tersebut dan mengatakan pihaknya akan terus menjalankan pemantauan kebersihan di Bazar Ramadan Putrajaya.

Alhamdulillah, selesai juga kes ni. Harapnya peniaga-peniaga lebih berhati-hatilah lepas ni ya? Kalau jadi apa-apa nanti susah pulak…

 

Baca: “Sampainya hati” – Gadis Terkejut Peniaga Bazar Menipu, Tergamak Jual Rangka Ayam Tak Disiang?

Rangka Ayam Tak Disiang Bazar Ramadan 758X399.Jpg 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.