Setelah hampir dua tahun tidak menikmati bulan Ramadan seperti sebelumnya, pada tahun ini kita menyaksikan banyak bazar dibuka dengan kelonggaran SOP dan menjual pelbagai juadah yang menyelerakan.
Pun begitu, hati-hati ye kalau nak beli makanan di bazar kerana tak semua juadah disediakan menepati ‘standard’ seperti apa yang berlaku kepada gadis ini.
“Sampainya hati jual dekat orang yang puasa macam ni”
Menerusi perkongsian @pikasekri di Twitter, baru-baru ini bapanya ada membeli rangka ayam berharga RM5 di bazar Ramadan.
Namun amat mengecewakan apabila ketika nak berbuka, mereka terkejut melihat rangka tersebut seperti tak disiang kerana penuh dengan isi perut ayam. Alamak…
Tambahnya lagi, bukan itu saja yang membuatkan dia kecewa. Pedal yang dibeli juga tak dicuci dan rangka pula sekadar dicelup dengan tepung.
Mak tak puas hati jadi mak potong. Memang betul pedal pun tak siang. Rezeki bagi kucing dengan anjing je makan. Kalau tak mampu berjual, janganlah aniaya orang macam ni sekali. Sedih abah balik beli untuk anak- anak makan. Sama-sama puasa kan? pic.twitter.com/RfgjY6kwJA
— syiqahh meow (@sya1qahh) April 5, 2022
Haih jadi rezeki kucing lah nampaknya ye…
“Bukan nak jatuhkan peniaga muslim atau nak tutup periuk nasi depa”
Menerusi tweet itu juga, gadis ini menjelaskan yang dia berasa kesal dengan sikap para peniaga di bazar menjual makanan tidak bersih dan tidak menepati standard kerana ia dianggap satu penganiayaan kepada mereka yang berpuasa.
Berniaga dalam Islam ni, satu amanah. Salah satu punca pendapatan dan pahala. Tapi bila dah salahgunakan, boleh jadi punca saluran dosa. Berniaga kerana Allah dan keberkatan hidup bukan sekadar untung semata,” katanya.
Aku ni bukannya nak jatuhkan peniaga muslim atau nak tutup periuk nasi depa. Tak, bukan macam tu. Cuma sekadar perkongsian dan peringatan. Tak baik tau buat orang macam ni. Semoga ambil pengajaran lah daripada apa yang jadi. Nak maki, tapi ramadhan. Nak maki, tapi tambah dosa.
— syiqahh meow (@sya1qahh) April 5, 2022
Ini cuma tweet awareness je untuk consumer dan seller. Masing2 ambil iktibar. I taknak mention stall tu sbb bukan dia je. Bukan niat i nak bagi dia tutup kedai. Pihak berwajib pun perlu pantau semua stall bazaar ni bukannya lepas tangan. Kalau i dengki, dah lama i mention🥺
— syiqahh meow (@sya1qahh) April 6, 2022
Pun begitu, gadis ini menegaskan perkongsiannya bukanlah untuk mengaibkan peniaga berkenaan atau menutup rezeki mereka yang berniaga di bazar Ramadan, namun ia sekadar memberi pengajaran dan kesedaran kepada orang ramai.
“Orang dah pesan hari tu, tak reti berniaga, jangan berniaga”
Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mana rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan pemilik tweet. Malah netizen juga berkongsi pengalaman mereka membeli makanan di bazar Ramadan.
Harap peniaga di luar sana take note lah dengan kualiti makanan yang disediakan. Kesian pembeli yang terbeli makan tak bersih macam tu.
Baca: Siren Akan Berbunyi Kalau Dah Cukup Pengunjung, MBPJ Guna Sistem Untuk Kawal Kemasukan Ke Bazar