in

[VIDEO] Festival Imaan: Festival Muslim LGBT Pertama Di Dunia Bakal Diadakan Di London?

Cats 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Komuniti LGBT bukanlah sesuatu yang baru di dunia ini. Malah, komuniti ini kerap menyebarkan ideologi mereka kepada masyarakat setempat agar mereka tidak ditindas dan diterima seperti manusia yang lain juga.


Gettyimages 1029865292
Photo taken in detroit, united states

Di London, sebuah Festival Imaan bakal berlangsung pada 11 April 2020, sempena dengan meraikan komuniti LGBT Muslim di seluruh dunia. Semuanya bermula selepas mereka berjaya membuat kutipan derma daripada seluruh dunia untuk menjayakan festival yang pertama kalinya diadakan di dunia ini.

Lgbtq Muslim Pride London Imaan Fundraiser

Berdasarkan rekod, pihak penganjur berjaya mengutip sebanyak $20, 000 untuk menjalankan festival ini yang bakal diisi dengan aktiviti seperti ceramah, bengkel dan persembahan daripada pihak penganjur.

“Kami sebagai LGBTIQ+ Muslim sentiasa berasa dipulaukan oleh masyarakat sekeliling. Kami juga sering menjadi mangsa homophobic, transphobic dan islamaphobic”

Menurut pihak penganjur, tiket untuk festival ini sudah mula dijual. Malah, mereka juga mempromosikan festival ini di laman sosial untuk menarik minat pelabur dan penceramah untuk turut serta bersama.

“Islam itu indah dan semula jadi seperti pelangi yang sama seperti kita. Rahmat Allah itu tiada batasan dan kami disayangi” – Penganjur

 

BACA: Netizen tak marah, puak LGBT yang marah” – Peminat Sokong Lagu Baru Bunckface

Capture 7

Sumber: SBS
Sumber: LGBTQ Nation

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.