in

[VIDEO] Dato AC Mizal Berang Beg Pecah Lepas Naik Airline AirAsia

Page 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
[VIDEO] Dato AC Mizal Berang Beg Pecah Lepas Naik Airline AirAsia
Loading
/

Memang selalu sangat kita dengar tentang beg atau luggage pelanggan yang pecah dek kerana dicampak oleh pekerja, terutamanya pekerja AirAsia. Sebelum ini pun pernah ada kes luggage customer yang pecah, dan dorang siap rakam lagi macam mana pekerja-pekerja itu campak luggage dorang. Namun langsung tak ada apa-apa perubahan pada sikap dorang, malah makin banyak pulak kes yang terjadi.


Macam semalam, seorang pelakon terkenal, Dato AC Mizal luah rasa kesal dan berangnya bila luggage miliknya kemek. Menerusi Facebook rasmi Dato AC, dia ada memuat naik beberapa keping gambar serta video sebagai bukti yang luggagenya pecah disebabkan oleh airline tersebut.

22 2
sumber: facebook

“Saya betul-betul frust dengan Airline AirAsia. Please respect your customer and our property! Customer Service AirAsia sungguh kurang ajar dan tak membantu langsung!”

Difahamkan Dato AC juga tak berpuas hati dengan customer service airline tersebut, namun tak ada bagitahu pulak sebabnya. Kejadian ini berlaku apabila Dato AC terbang dari Kuala Lumpur ke Penang, dan dia langsung tak sangka perkara macam ini boleh jadi pada dia walaupun sebelum ini memang pernah dengar kes seperti ini.

Dalam video berdurasi 2 minit 14 saat itu, Dato AC bagitahu yang dia terpaksa untuk beli luggage baru untuk dia pulang ke Kuala Lumpur semula, namun dia takut kot-kot benda yang sama jadi lagi dekat luggage baharu dia nanti. Kannn betul jugakk!

30689099 10156413635009759 7797237827074260992 N
sumber: facebook
30656704 10156413634914759 1055390596975296512 N
sumber: facebook

Dato AC juga terpaksa bawa semula luggage yang dah pecah tu ke Kuala Lumpur untuk dijadikan sebagai bahan bukti.

So please lah AirAsia, jangan buat orang macam ini lah. So frustrated dengan AirAsia”

Dato AC juga ada pesan dekat orang ramai untuk fikir beberapa kali sebelum decide nak naik penerbangan dengan AirAsia. Haa kauuu! Sampai macam tu sekali tau! 

So harapnya lepas ini ada lah tindakan yang akan diambil oleh Tony Fernandes agar kes-kes macam ini tak berulang dan berulang dan berulang lagi ehhhh!

Baca: Lelaki Berang Flight AirAsia Delay, Namun Dikecam Pula Kerana…

Capture 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.