in

[Video] Berang Disaman Polis, Lelaki Pecahkan Motor Sendiri Dengan Batu Konkrit

Berang4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahu tunjuk berani tapi memakan diri…


Seorang lelaki di Indonesia bertindak memecahkan motor sendiri kerana berang mahu disaman polis kerana melanggar peraturan lalu lintas.

Difahamkan, Polis di Karimun, Indonesia melaksanakan operasi pematuhan peraturan lalu lintas selama dua minggu bermula 26 Oktober hingga 8 November 2020 bagi memastikan pengguna di daerah itu berdisiplin.

Pada hari kedua operasi, lelaki berkenaan dilihat polis tidak mengikuti peraturan lalu lintas yang kemudiannya datang menegur mengenai kesalahan tersebut.

“Ketika itu, penunggang motosikal itu melintas tanpa mengenakan topi keledar dan perlengkapan lainnya, dan saat dilakukan teguran diberikan kepadanya. Lelaki itu terus marah dan tidak dapat terima teguran yang diberikan.”

 

Sumber : makassar_iinfo

 

Seperti yang tertera dalam video tersebut, kedua-dua polis seakan terkedu dengan tindakan lelaki terbabit merosakkan motornya sendiri dengan batu konkrit.

Manakan tidak, mungkin memikirkan apa manfaatnya dia melakukan itu? Sendiri juga yang bayar untuk membaikinya nanti kan?

Bagaimanapun, menurut Harian Metro, ianya adalah salah faham sahaja.

Ketua Trafik Polis Karimun R Dwi Moch Ramadhanto mengesahkan kejadian tersebut sendiri.

“Hanya salah paham saja, pagi itu petugas kami sedang melakukan pemeriksaan kenderaan dalam Operasi Zebra 2020.”

Lelaki berkenaan sudahpun meminta maaf akan perbuatannya. Tapi tanggung sendirilah kerosakan motor yang dibuat tu…

 

Baca : Berang Ditegur Terlalu Lama Main PUBG, Anak Tergamak Tikam Bapa Sendiri

Berang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.