in

Berang Ditegur Terlalu Lama Main PUBG, Anak Tergamak Tikam Bapa Sendiri

Aa1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu bapa mana yang tidak marah jika melihat anaknya seharian bermain permainan video. Sudah pasti mereka akan menegur kelakuan anaknya dan memberi nasihat untuk melakukan perkara lain yang lebih bermanfaat.


Berang ditegur sampai tikam bapa sendiri

Namun, di Meerut, India teguran seorang bapa kepada anaknya yang sedang leka bermain permainan PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) bertukar tragedi apabila anak lelaki tersebut bertindak untuk menikam bapanya sendiri.

Tidak cukup dengan tindakan kejam itu, anak yang dikenali sebagai Amir turut mencederakan diri sendiri dengan pisau yang digunakan untuk menikam bapanya.

A1 3 5

 

Jurucakap polis tempatan, Devesh Singh berkata, insiden berlaku kerana anak mangsa berang selepas ditegur ayahnya itu.

“Akibatnya, anaknya mengambil pisau seterusnya menikam ayahnya dengan senjata tajam itu. Mangsa kemudian melarikan diri ke luar rumah dengan keadaan badan berlumuran darah.

“Orang awam yang menyaksikan kejadian itu cuba mengawal Amir, namun mereka turut dicederakan,”

A2 1

 

Anak penagih dadah

Sementara itu, Inspektor Arvind Mohan Shama memaklumkan keluarga memberitahu Amir adalah penagih dadah dan sedang menjalani rawatan untuk menghilangkan ketagihannya.

Kedua-dua mereka dimasukkan ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Untuk rekod, sebelum ini juga terdapat pelbagai kes kecederaan sehingga melibatkan kematian membabitkan permainan PUBG di India.

Salah satu daripadanya adalah kes seorang remaja lelaki meninggal dunia kerana terlalu asyik PUBG selama beberapa hari sehingga tidak makan dan minum.

Sumber: Times Now News

 

Baca: Atuk Hilang Duit Pencen RM12,931 Dalam Bank, Rupanya Cucu Curi Nak Beli ‘Item’ Dalam PUBG!

A3 1 5

Sumber: XDA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.