in

Bersembang Punya Pasal, 95 Buah Rumah Di Indonesia Terbakar Gara-gara Lupa Nak Tutup Dapur Gas

F1 Sembang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Amalan bertegur sapa ini boleh dikatakan wajib dilakukan kalau kita hidup dalam sebuah kawasan kejiranan. Mana lah tahu kalau kita ditimpa kesusahan suatu hari nanti, mesti kita kena minta tolong daripada jiran sebab jiran lah orang yang paling dekat dengan kita.



Namun, jangan pula terlalu leka bersembang sampai lupa perkara-perkara penting seperti yang terjadi kepada kawasan kejiranan di Kota Makassar, Indonesia ini yang dikatakan terbakar akibat ada wanita yang terlupa untuk tutup api dapur gara-gara asyik bersembang, lapor Suara.com

Membawang Gsp 2

Dalam kejadian yang berlaku pada Rabu lalu itu, dapur yang meletup menjadi punca kebakaran itu. Menurut Jabatan Bomba Kota Makassar, lebih kurang 95 buah rumah terlibat dalam kebakaran di Kompleks Perumahan Lepping itu.

Setelah ditanya kepada penduduk, kebakaran berpunca daripada salah seorang wanita yang terlupa untuk menutup dapur gara-gara leka bersembang.

Dengan bantuan sekitar 95 anggota bomba, api berjaya dipadamkan pada pukul 12.30 tengah hari.

Semoga ahli keluarga mereka yang terlibat akan tetap sabar dan tabah menghadapi ujian ini. Semoga kita pun akan ambil iktibar daripada kejadian ni untuk lebih berhati-hati dalam kehidupan seharian. 

Sumber: Suara.com, terkini.id

Baca: Sibuk Nak ‘Membawang’, Tak Pasal-Pasal Kepala Sangkut Di Pintu Rumah Jiran

Membawang Gsp 1

Sumber: terkini.id

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.