in

“Lebih tinggi dari Malaysia & Singapura” – Presiden Prabowo Bangga Gaji Hakim Indonesia Naik 280%

Syaz Ft 2026 05 14T163312.054

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu gaji dan kebajikan penjawat awam sering menjadi topik hangat, namun tindakan drastik yang diambil oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto baru-baru ini benar-benar mencuri perhatian negara jiran termasuk Malaysia.

Menerusi laporan portal Detik, Presiden Prabowo menzahirkan rasa bangganya apabila gaji hakim di Indonesia kini didakwa lebih tinggi berbanding Malaysia dan Singapura. Hal ini berlaku selepas kerajaan pimpinannya melaksanakan kenaikan gaji sehingga 280 peratus.


Artikel berkaitan: Walaupun Hidup Sederhana, Rakyat Indonesia Paling Bahagia – Prabowo

Artikel berkaitan: Tak Perasan Mic Masih Terbuka, Tular Rakaman Video Prabowo Minta Bertemu Dengan Anak Trump

Menurut Prabowo, perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Ketua Mahkamah Agung Indonesia, Sunarto, selepas menghadiri pertemuan bersama Ketua-Ketua Mahkamah Agung Negara ASEAN.

“Ketua Mahkamah Agung Malaysia menyampaikan kepada Ketua Mahkamah Agung Indonesia bahawa beliau kagum dengan Indonesia. Katanya, buat pertama kali gaji hakim Indonesia lebih tinggi daripada gaji hakim Malaysia,” katanya.

Bukan itu sahaja, Prabowo turut mendakwa bahawa gaji hakim paling junior di Indonesia kini hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding hakim junior di Malaysia. Memang jauh beza tu!

Strategi Elak Rasuah & Sogokan

Whatsapp Image 2026 02 02 At 15.40.01 1024X768 1

Tindakan menaikkan gaji ini bukanlah saja-saja dilakukan. Menurut Prabowo, keputusan tersebut dibuat bagi memastikan institusi kehakiman di republik itu bebas daripada pengaruh rasuah.

Beliau menegaskan bahawa hakim perlu diberikan pendapatan yang mencukupi supaya mereka mempunyai maruah yang tinggi dan tidak mudah goyah dengan tawaran wang haram.

“Kami memilih mereka dengan baik dan mereka perlu diberikan pendapatan mencukupi supaya hakim-hakim kita tidak boleh disogok,” katanya lagi.

Bukan Setakat Gaji, Rumah Rasmi Pun Disediakan

Selain kenaikan gaji yang lumayan, kerajaan Indonesia turut berjanji untuk menyediakan rumah rasmi yang lebih selesa kepada kira-kira 8,900 hakim di seluruh negara.

Langkah ini dianggap penting memandangkan ramai hakim yang perlu berpindah-randah mengikut lokasi penugasan di pelbagai daerah dan wilayah. Menteri Perumahan Rakyat juga telah diarahkan untuk memastikan kebajikan tempat tinggal ini diselesaikan dengan segera.

Amaran Keras Untuk Para Hakim

Walaupun diberikan pelbagai kemudahan dan kenaikan gaji, Prabowo sempat menitipkan amaran keras kepada semua petugas mahkamah. Beliau mengingatkan agar tiada siapa yang berani cuai dalam menjalankan amanah.

Katanya lagi, rakyat sekarang semakin peka dan sentiasa memantau setiap keputusan yang dibuat oleh mahkamah. Keadilan tidak boleh sekadar menjadi slogan, tetapi perlu memberi rasa aman kepada seluruh masyarakat.

Sumber: Detik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.