in

[Video] Bengang Tak Boleh Keluarkan Wang, Pemuda Ini Cuba Nak Tikam Polis Sebelum Ditembak Di Klang

Tikampolis5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara tak boleh keluarkan duit, seorang lelaki yang dipercayai warga Sabahan hilang sabar dan bertindak diluar kawalan.


Lelaki berusia 41 tahun itu mengamuk di bank pada jam 12.30 tengah hari tadi dan menurut pihak bank, lelaki tersebut cuba menggertak kakitangan bank dengan membuat amukan jika masih tidak dapat mengeluarkan wang selepas dia kembali pada jam 2 petang.

 

Sampai ke bank sambil pegang pisau

Menurut sumber Harian Metro, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli memaklumkan bahawa kejadian ini berlaku di Bukit Tinggi, Klang.

Suspek datang semula ke bank pada waktu itu dan polis mendapati bahawa dia berada dalam keadaan marah sambil memegang pisau.

Biarpun pihak polis mengambil masa sehingga 20 minit untuk cuba menenangkannya, dia bertindak agresif dan terus mengejar seorang anggota polis dan cuba untuk menikamnya.

“Bagi mempertahankan diri, polis melepaskan empat das tembakan dan dua das mengenai bahagian perut suspek.”

“Suspek dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk menerima rawatan,” 

 

Suspek dibawah pengaruh dadah

Selain itu, polis telah merampas pisau lipat berukuran tujuh inci serta satu paket di dalam beg sandang suspek dipercayai dadah.

“Suspek dipercayai di bawah pengaruh dadah dan mempunyai empat rekod lampau membabitkan dadah.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

 

Baca : Isteri Tikam Alat Sulit Kekasih Suami Lepas Pura-pura Setuju Nak ‘Threesome’

Threesome

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.