in

Isteri Tikam Alat Sulit Kekasih Suami Lepas Pura-pura Setuju Nak ‘Threesome’

Collage 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak suka bila dapat benda yang diidamkan kan? Mungkin ini juga perasaan lelaki dari Sibu ini bila isterinya bersetuju untuk melakukan threesome dengan kekasihnya. Namun pengakhirannya, tak lah ‘sesedap’ yang disangka…


Menurut The Star, seorang wanita telah ditahan kerana dituduh mencederakan kekasih suaminya dengan pisau sewaktu pasangan itu sedang melakukan seksKalau korang nak tahu, gf lelaki ni pun dah ada suami dan empat orang anak!

Macam ni ceritanya, lelaki ini mengajak teman wanitanya ini ke rumah sewanya untuk membincangkan hubungan tiga segi mereka dengan meyakinkan wanita ini bahawa isterinya tak akan marah atau lakukan apa-apa kepadanya.

Malah, menurut ACP Stanley Jonathan Ringgit, ketika wanita malang ini tiba di tempat kejadian, mereka bertiga sempat berborak dan bergurau senda.

“Suspek berjanji tak akan lakukan apa-apa. Mereka berborak dan bergurau sesama sendiri. Lelaki itu minum alkohol dan dua wanita tersebut minum minuman ringan. Selepas berborak, mereka bersetuju untuk melakukan threesome.”

Nak dijadikan cerita, semasa lelaki ini sedang melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya, isterinya meminta izin untuk ke tandas bagi menenangkan diri. Gila tak sakit hati tengok suami sendiri ‘buat’ dengan orang lain.

Ketika isteri lelaki ini di dalam tandas, pasangan kekasih ini meneruskan aktiviti seks mereka. Tak lama selepas itu, isteri ini keluar dari tandas dan terus menikam alat sulit kekasih suaminya hingga membuatkan wanita ini menjerit kesakitan.

67E722A5 6723 4B85 87D8 F2Df9A9D9D30

Kerana panik, isteri lelaki tersebut telah melarikan diri tapi sempat ditangkap oleh abang lelaki ini yang menyewa di bilik sebelah. Wanita ini ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis.

Manakala wanita yang ditikam itu telah dikejarkan ke hospital kerana kehilangan banyak darah. Tapi korang tak payah risau, sebab selepas rawatan, keadaan wanita ini kini stabil.

Haih, macam mana lah dia boleh ingat bini dia okay dengan semua benda ni?

 

Baca: Wanita Hamil 7 Bulan Ditahan Tawarkan Seks ‘Threesome’ Perlu Wang Untuk Bayar Kos Bersalin

Screenshot 2019 03 25 At 3.45.55 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.