in

[Video] Bayi 1 Tahun Demam Lepas Warga Emas Sengaja Buka Mask Dan Batuk Depan Muka

Batuk2

Mujurlah tak berlaku di negara kita tetapi bila tengok kes ini mungkin boleh jadi ikhtibar agar tidak bawa bayi keluar di merata tempat terutamanya ketika wabak pandemik ini.

Kejadian yang berlaku di Carlifornia pada 12 Jun lalu ini telah menyebabkan seorang bayi lelaki mengaleaami demam panas selepas seorang warga emas berumur lingkungan 60-an sengaja melepaskan batuk di buka bayi tersebut ketika berada di sebuah cafe.

Menerusi rakaman CCTV, wanita warga emas itu batuk sebanyak 3 kali dihadapan muka bayi berumur setahun itu.

 

Dia melakukannya dengan sengaja, ia berlaku amat pantas. Dia menghampiri anak saya, buka topeng muka dan batuk depan muka anak saya” – Mireya Moya, ibu.

Bagaimanapun, Moya masih belum membawa bayinya menjalani ujian saringan Covid-19 walaupun anaknya semakin beransur pulih daripada demam.

Namun begitu, Moya juga menyifatkan bahawa warga emas itu mungkin racist kerana berdasarkan pemerhatiannya mereka sekeluarga di hadapannya ketika beratur itu orang berlukit putih sementara mereka sekeluarga merupakan orang Latin.

Dalam video tersebut dapat diperhatikan Moya dengan kadar segera menutup stroller apabila perasan tindakan tak ada sivik warga emas tersebut.

Justeru, Metro.co.uk melaporkan wanita warga emas yang segera meninggalkan kafe tersebut selepas insiden itu berlaku kini sedang diburu polis.

 

Baca : “Ni akan memudahkan kita lagi” – Sensor Pada Telefon Ini Boleh Detect Covid-19 Dengan Hanya Batuk Atau Bersin

Sensor