[VIDEO] Aksi Wanita Acah-Acah Lupa Kasut Dipercayai Nak Mencuri Jadi Bualan Netizen

Tambah ke Sumber Pilihan
[VIDEO] Aksi Wanita Acah-Acah Lupa Kasut Dipercayai Nak Mencuri Jadi Bualan Netizen

Baru-baru ini telah tular sebuah video di Twitter, memaparkan aksi seorang wanita yang didakwa telah mencuri sepasang kasut di sebuah butik.

Menerusi video yang berdurasi 1 minit 49 saat, dapat dilihat wanita yang datang seorang diri itu dilihat memasuki sebuah butik barangan kecantikan dan alat solek.


Oleh kerana dia hendak memasuki kedai tersebut, dia telah menanggalkan kasut yang dipakai, iaitu sepasang kasut berwarna putih, dan meninggalkannya di pintu kedai berkenaan.

Mencuri ke atau betul-betul terlupa?

Tidak lama kemudian, kelibat wanita tersebut dilihat keluar dari butik berkenaan dah kelihatan dia mundar mandir di hadapan butik itu dengan hanya berstokin buat seketika sambil memegang telefon bimbitnya.

Bagaimanapun, wanita tersebut kelihatan seperti terlupa dan tak pasti mana satu adalah kasut kepunyaannya, padahal kasut tersebut masih berada di tempat asal.

Tambahan pula, kasutnya yang berwarna putih itu memang berlainan daripada pelanggan lain dan hanya ada kurang daripada 10 pasang kasut di hadapan premis tersebut.

Screenshot 2023 01 19 161346Sumber: mStar

Wanita tersebut kemudian mencapai sepasang kasut yang berwana pink kehitaman dan menyarung ke kakinya sebelum terus beredar dari kedai tersebut.

“Tunggu line clear baru buat kerja” – Netizen

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan oleh akaun @jalalmisai itu telah mendapat lebih 800K dan telah meraih 2,272 tanda suka di Twitter.

Ruangan komen dipenuhi dengan komen netizen yang mendakwa wanita tersebut sebenarnya mempunyai niat untuk mencuri kerana perangainya yang aneh dan mencurigakan.

Namun, ada segelinitir netizen yang cuba untuk husnuzon tapi tetap berpendapat tak logik jika wanita itu terlupa kasut sendiri.

Screenshot 2023 01 19 160053Sumber: Twitter

Screenshot 2023 01 19 160113Sumber: Twitter

Sumber: mStar, Twitter

Lahaiii kan datang pakai kasut putih tuuu cemana balik boleh jadi pink tu?

Baca : “Konsisten eh curi” – [VIDEO] Lelaki Selamba Rembat Kasut Dari April Hingga Mei, Tak Perasan CCTV Depan Muka

Lelaki Curi Kasut 758X399 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Farhan Sahak
Lagi tulisan Farhan
Seorang yang suka cuba aktiviti baru dalam kehidupan, tapi yang pasti dia tak pernah cuba awek member

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

[VIDEO] Aksi Wanita Acah-Acah Lupa Kasut Dipercayai Nak Mencuri Jadi Bualan Netizen
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/video-aksi-wanita-acah-acah-lupa-kasut-dipercayai-nak-mencuri-jadi-bualan-netizen/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM