Kegiatan mencuri makin meningkat sejak kebelakangan ini ibarat tiada kesudahannya. Malah, ia juga telah banyak mendatangkan kerugian kepada mangsa termasuklah kehilangan barang atau harta yang bernilai. Pelaku kadangkala terpaksa mencuri disebabkan kesempitan hidup, namun ia tak boleh dijadikan alasan untuk berbuat demikian.
Baru-baru ini, tular di Twitter @putrajayaMY tentang satu kejadian baru melibatkan aktiviti kecurian dipercayai di Putrajaya yang berjaya dirakamkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Hati-hati & waspada warga Putrajaya pic.twitter.com/1d0LpJV3wB
— Putrajayaku (@putrajayaMY) May 24, 2022
Curi tapi tak sedar muka kena rakam CCTV
Berdasarkan perkongsian tersebut, terdapat seseorang individu dipercayai mencuri kasut di sebuah kuarters. Namun, apa yang menarik tumpuan apabila jelas kelihatan wajahnya kerana dia mungkin tidak sedar akan kewujudan kamera berkenaan.
Lelaki tersebut pada mulanya cuba memerhatikan sekeliling jika ada orang sebelum menceroboh pada bahagian pintu sebuah rumah. Pada masa sama, dia juga dilihat sempat mengambil beberapa pasang kasut sebelum beredar.
Konsisten rembat kasut dari April hingga Mei pakai uniform sama
Namun, ada pula pengguna lain yang mendakwa kejadian berkenaan bukanlah kali pertama terjadi memandangkan lelaki itu gemar melakukan aktiviti mencuri sejak beberapa bulan lalu iaitu dari April hingga Mei dengan memakai uniform yang sama.
Dari april sampai ke may..pergi merembat kasut dengan uniform yang sama eh pic.twitter.com/mgOrYSGgAl
— elí (@el_iiiii) May 24, 2022
Susulan kejadian itu, pelbagai reaksi telah diberikan rata-rata netizen termasuklah ada yang kesal dan marah dengan perbuatan tak bermoral tersebut. Malah, ada juga yang mengadu barang mereka turut lesap gara-gara dicuri oleh individu sama.
Kalau boleh penghuni rumah kena letakkan kasut dalam rak kasut untuk elakkan orang yang tak bertanggungjawab ni dari mencuri!
Baca: “Tak Tahan Diganggu Mimpi Misteri, Pencuri Pulangkan Semula Patung Ke Kuil Beserta Nota Minta Maaf”