[VIDEO] Ahli Keluarga Warga Emas Serang Peniaga, Desak Mangsa Beli 1 Perkakas Dapur Bernilai RM4,700

Tambah ke Sumber Pilihan
[VIDEO] Ahli Keluarga Warga Emas Serang Peniaga, Desak Mangsa Beli 1 Perkakas Dapur Bernilai RM4,700

Baru-baru ini, tular satu kejadian apabila beberapa pemuda menyerang peniaga wanita di Bangi kerana dipercayai ‘mengumpan’ warga emas untuk memberi produk jualannya dengan harga yang tidak masuk akal.

Difahamkan, peniaga tersebut didakwa telah mendesak seorang warga emas untuk membeli satu perkakas dapur dengan harga lebih RM 4,000!


Malah, pemilik video mendakwa bahawa peniaga itu mendesak warga emas untuk membuat bayaran dengan kadar segera tanpa memberikan peluang kepada mangsa untuk berbincang dengan ahli keluarga.

Artikel berkaitan: Kenaikan Harga Barang, Pengarah KPDNHEP Melaka Minta Rakyat Kurangkan Makan Telur

Artikel berkaitan: Lubuk ‘Online Scammer’ Diserbu, Kemboja Tahan 75 Suspek

Satu barang lebih RM4,000!

Screenshot 2026 02 23 143621

Dalam video yang berdurasi 2 minit itu dilihat beberapa orang lelaki bertengkar dengan wanita dan orang ramai berkerumun mengelilingi kawasan kejadian.

(Tonton video penuh di sini)

Menurut pemilik video, selain memaksa peniaga membuat pembayaran dengan cepat, mangsa yang merupakan ayah kepada pemilik video yang berusia 66 tahun itu juga didesak untuk bermain cabutan bertuah.

“Mangsa ayah sahabat baik saya, dia (mangsa) bayar sebanyak RM4,700 untuk satu barang, mangsa warga emas berumur 66 tahun. Perempuan tu melenting sebab kena serbu daripada pihak kami.”

Menurut pemilik video lagi, dalam video tersebut pertengkaran itu berlaku antara anak mangsa bersama beberapa orang lagi rakannya dan pihak mereka telah membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Berikutan dengan kejadian serangan itu, ahli keluarga mangsa difahamkan telah berjaya menerima semula wang pembayaran yang dibuat oleh warga emas tersebut secara tunai.

“Kami desak sampai dapat tunai, ramai lagi mangsa tak dapat duit refund,” katanya kepada Lobak Merah.

Dalam video tersebut, disertakan juga harga barangan yang dijual dalam satu risalah di premis berkenaan yang didakwa tidak masuk akal.

Netizen juga pada masa yang mendesak agar ahli keluarga mangsa untuk membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNHEP) berkenaan isu tersebut.

Sumber : Threads

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

[VIDEO] Ahli Keluarga Warga Emas Serang Peniaga, Desak Mangsa Beli 1 Perkakas Dapur Bernilai RM4,700
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/video-ahli-keluarga-warga-emas-serang-peniaga-desak-mangsa-beli-1-perkakas-dapur-bernilai-rm4700/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM