in

Vaksin Covid-19 : China Lulus Penggunaan Kecemasan Vaksin Kepada Kanak-kanak Seawal Usia 3 Tahun

2Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada pertengahan Mei 2021, penggunaan Vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah telah mendapat kelulusan  Kesatuan Eropah (EU). Pelbagai usaha dan uji kaji sedang dijalankan bagi menentukan keberkesanan dan kesan sampingan kepada golongan muda terhadap vaksin.


Terbaharu, pihak kesihatan China telah meluluskan penggunaan kecemasan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak seawal usia 3 tahun.

Screenshot 2021 06 06 At 12.41.01 Pm

Menurut South China Morning Post, syarikat pengeluar vaksin, Sinovac Biotech telah melakukan kajian makmal untuk menguji keberkesanan dan kesan sampingan kepada golongan muda. Kajian itu telah bermula awal tahun ini dan fasa pertama dan kedua telah selesai dijalankan.

Walaupun ada negara yang meluluskan penggunaan vaksin kepada golongan muda, namun belum ada yang meluluskan penggunaan kepada kanak-kanak.

Screenshot 2021 06 06 At 12.42.20 Pm

Untuk waktu ini, kajian tentang keberkesanan dan kesan sampingan vaksin terhadap kanak-kanak masih rendah kerana golongan tersebut dianggap kurang berisiko jika dibandingkan warga emas dan golongan komorbiditi.

 

Baca: Vaksin Covid-19 :  Kesatuan Eropah Lulus Penggunaan Pfizer Biontech Terhadap Remaja Seawal 12 Tahun

Screenshot 2021 06 06 At 12.40.48 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.