in

UUM Kedah Tutup Kampus Lepas Pelajar Dari Sabah Disahkan Positif Covid-19

Uum

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa menutup kampus utama mereka di Sintok, Kedah serta merta sejak malam tadi selepas seorang pelajar dari Sabah telah disahkan positif Covid-19.


Menurut Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani, pelajar tersebut terlibat dalam menyertai latihan PALAPES kerana itu dia perlu masuk lebih awal dari pelajar lain.

Tambahnya lagi, lepas jangkitan tersebut dikesan, universiti ini telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan wabak ini dari merebak dengan menutup dan menyekat semua aktiviti keluar dan masuk kampus.

Kumpulan ini tak besar, ia hanya libatkan orang-orang yang sertai latihan PALAPES dan Kementerian Kesihatan juga telah dimaklumkan mengenai perkara ini.”

Pal

Dr Ahmad Bashawir turut mengatakan yang pihaknya akan mengikut prosedur dan memberikan kerjasama mengikut yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan termasuk menjalani kuarantin bagi individu yang terlibat.

Bagi pelajar-pelajar baru UUM yang perlu mendaftar, dorang tak dibenarkan untuk memasuki kampus tapi boleh membuat pendaftaran di dalam talian.

51529565181 Uumgeneric

Kami juga akan jalankan sesi pembelajaran online. Tak ada siapa yang dibenarkan untuk pulang ke kampus. Selepas semuanya dah reda dan terkawal, kami akan beritahu pelajar bila tarikh kemasukan kelak.”

Menurut Berita Harian, pelajar dari Sabah tersebut telah tiba di UUM pada 20 September lalu sebelum kerajaan meminta semua individu yang pulang dari Sabah untuk membuat ujian saringan dan melakukan kuarantin di rumah.

 

Baca: Rakyat Malaysia Pakat Tolong Pelajar Terkandas, #SiswaJagaSiswa & #RakyatJagaRakyat Trending Di Twitter

Screenshot 2020 10 05 At 12.47.49 Pm

Sumber: Harian Metro
Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.